Utusan Borneo (Sabah)

Hanya BN mampu bawa kemajuan

Konsisten laksana pembanguna­n untuk rakyat berfokuska­n lima elemen utama

- Oleh SALMAN ABADI

JELAS terbukti, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa kemajuan dan memakmurka­n negeri Sabah dan negara Malaysia keseluruha­nnya.

BN merancang dan melaksanak­an dengan penuh konsisten pelbagai program pembanguna­n untuk rakyat berfokuska­n lima elemen utama iaitu keselamata­n, perkhidmat­an, pendidikan, kemudahan kesihatan dan kebebasan beragama.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen seringkali menjelaska­n perkara itu kepada rakyat khususnya masyarakat setempat di kampungkam­pung di daerah ini yang dikunjungi beliau melalui program Jelajah Santai Mogkorumah.

Baru-baru ini, Arthur dan rombongan telah berkunjung di Kampung Mindahuan, Ranau untuk berkongsi aspirasi negara dan memperhalu­si serta menjawab isu-isu yang sengaja direka pihak tidak bertanggun­gjawab.

Katanya terdapat pihak tertentu yang suka menabur fitnah memburukka­n kerajaan, sedangkan mereka turut menikmati limpahan pembanguna­n dan keprihatin­an kerajaan BN termasukla­h pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Suka saya ingatkan kepada penduduk Kg Mindahuan dan golongan belia khususnya, kita perlu berterima kasih kepada BN kerana lihatlah kampung ini sudah disediakan jalan raya konkrit kampung yang selesa.

“Jangan kita terpedaya dengan omongan kosong pihak pembangkan­g. Mereka (pembangkan­g) ini hanya tahu bercakap tapi tidak ada apa-apa tindakan pun, malahan mereka juga menerima pelbagai nikmat kesenangan yang disediakan oleh BN,” katanya.

Sementara itu, dalam program Jelajah Santai Mogkomurah itu turut diadakan ialah aktiviti untuk golongan belia dan para penduduk seperti pertanding­an sepak takraw, belah pinang, bungkus kirai dan tiup tepung (mencari gula-gula) untuk kanakkanak.

Arthur turut berterima kasih kepada Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Haris Zakaria dan rakan setugas yang turut membuat pencerahan dan pameran mengenai jenisjenis dadah serta kesan bahaya penyalahgu­naan dadah.

“Kepada penduduk kampung di sini, marilah terus memberi sokongan padu dan meningkatk­an undi majoriti kepada wakil rakyat kita di kawasan Ranau iaitu Datuk Dr Ewon Ebin, Datuk Siringan Gubat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

“Dengan undi majoriti besar (pada pilihan raya akan datang), maka senanglah kita meminta, memohon penambahan peruntukan bagi meningkatk­an lagi kemudahan demi kemajuan dan keselesaan kampung masing-masing,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh para hadirin.

Selain itu, Arthur dan rombongan turut dijemput oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Mindahuan Lumin Payanak untuk santai bersama penduduk kampung sambil menikmati juadah yang telah disediakan dan berterima kasih dengan AJK kampung yang membantu menjayakan program itu.

Sebelum itu, bagi menghormat­i masyarakat Islam di kampung itu, beliau mengucapka­n selamat berpuasa kepada penduduk muslim yang kini sedang mengerjaka­n ibadah puasa.

Beliau berkata antara keunikan negara Malaysia dan di Sabah khasnya kerana masyarakat bebas mengamalka­n agama masing-masing dan saling boleh menerima serta menghormat­i kepelbagai­an kaum, budaya dan sebagainya.

Turut diadakan sempena program itu ialah pameran antidadah oleh AADK Ranau, perlawanan sepak takraw, pertanding­an kupik pinang untuk wanita dan membungkus daun kirai untuk lelaki serta acara sukaneka untuk kanakkanak.

Sempena program itu, Arthur turut menyerahka­n sumbangan peralatan sukan sepak takraw untuk kegunaan para penduduk khasnya golongan belia untuk bersukan atau beriadah demi kesihatan dan perpaduan masyarakat kampung, selain menghindar­i gejala negatif yang merugikan.

Hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (CDO) Andrew Ladat, Stephen Johnny, Pemaju Mukim Kanis Kamirang, Pengerusi JKKK Nampasan Saip Atin, Pengerusi JKKK Lohan Ulu Mohd Yusuf Mohd Kahar, AJK Pemuda Upko Hisham Mohd Kahar serta AJK Wanita Upko Laibeh Atin dan Sekiah Adihal.

Jangan kita terpedaya dengan omongan kosong pihak pembangkan­g. Mereka (pembangkan­g) ini hanya tahu bercakap tapi tidak ada apa-apa tindakan pun, malahan mereka juga menerima pelbagai nikmat kesenangan yang disediakan oleh BN,

 ??  ?? ARTHUR menyampaik­an peralatan sukan kepada wakil belia Kg Mindohuan.
ARTHUR menyampaik­an peralatan sukan kepada wakil belia Kg Mindohuan.
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK kampung teruja menyaksika­n pameran antidadah oleh pihak AADK Ranau.
PENDUDUK kampung teruja menyaksika­n pameran antidadah oleh pihak AADK Ranau.
 ??  ?? (Gambar atas) PERTANDING­AN kupik buah pinang tua untuk kaum wanita turut menyerikan program santai itu sambil diperhatik­an Arthur (dua kiri). (Gambar kanan) ARTHUR (tengah) bersama penduduk Kg Mindohuan, Ranau sempena program siri Jelajah Santai Mogkorumah.
(Gambar atas) PERTANDING­AN kupik buah pinang tua untuk kaum wanita turut menyerikan program santai itu sambil diperhatik­an Arthur (dua kiri). (Gambar kanan) ARTHUR (tengah) bersama penduduk Kg Mindohuan, Ranau sempena program siri Jelajah Santai Mogkorumah.
 ??  ?? ARTHUR berucap pada majlis itu sambil mengucapka­n terima kasih kepada Haris (kanan).
ARTHUR berucap pada majlis itu sambil mengucapka­n terima kasih kepada Haris (kanan).
 ??  ?? ANTARA kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukneka (mencari benda dalam tepung).
ANTARA kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukneka (mencari benda dalam tepung).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia