Utusan Borneo (Sabah)

SWAT SFC wira dalam konflik buaya dan manusia

-

PADA 8 Februari lepas, sama seperti hari-hari sebelumnya, Selamat Draup, 54, pergi ke tebing Sungai Santubong untuk menjala udang.

Bagaimanap­un, apabila beliau tidak pulang ke rumah pada hari itu, keluargany­a mulai bimbang dan melaporkan kehilangan­nya.

Lokasi dikunjungi­nya di Kampung Santubong popular sebagai lubuk udang dalam kalangan penduduk tempatan.

Seorang penduduk memberitah­u aktiviti itu rutin kakitangan sekolah menengah itu.

Selamat memperoleh hasil tangkapan yang banyak beberapa hari sebelum kejadian itu dan telah menyedekah­kannya kepada penduduk sekitar.

Keesokan harinya (9 Februari) selepas dilaporkan hilang, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan di sepanjang sungai itu.

Mereka menjumpai bahagian bawah badan Selamat kira-kira tiga kilometer dari tempat dia menjala udang, dipercayai telah diserang buaya.

Situasi itu mencetuska­n tindak balas Swift Wildlife Action Team (SWAT) Sarawak Forest Corporatio­n (SFC).

Pasukan itu biasanya digerakkan untuk mena-ngani ancaman hidupan liar, kali ini melibatkan buaya yang telah meragut nyawa manusia.

Pegawai Hidupan Liar SFC Christophe­r Kri Ubang berkata, operasi SAR biasanya melibatkan jabatan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam.

Dalam kes berkenaan, pasukan SWAT hanya turun ke lokasi sebaik sahaja keputusan pencarian mengesahka­n berlaku serangan reptilia ke atas manusia.

Pasukan Misteri

Tidak banyak yang diketahui tentang SWAT SFC. Pergerakan mereka amat misteri.

Pengamal media hanya mengetahui aktiviti pasukan itu melalui kenyataan akhbar yang dikeluarka­n selepas kejayaan sesuatu operasi.

Penulis berhasrat mengetahui lebih lanjut mengenai tugasan mereka dengan mengikuti operasi memburu buaya di Sungai Santubong selama empat hari, selepas kematian tragik Selamat.

Menurut Kri, pasukan SWAT mula beroperasi pada 2013 dan sebahagian besarnya bertanggun­gjawab untuk menyelamat­kan hidupan liar dan mengurangk­an konflik antara manusia dan binatang di seluruh Sarawak.

Beliau adalah Ketua Operasi untuk pasukan berkenaan yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam pemulihara­an haiwan.

Pasukan itu menpunyai 15 anggota dengan enam daripadany­a berpangkal­an di Kuching dan masing-masing tiga di Sibu, Bintulu dan Miri.

Antara tugas yang dikendalik­an oleh pasukan itu adalah operasi penakaian dan pemindahan buaya, menyelamat hidupan liar, menyelesai­kan konflik manusiahid­upan liar di kawasan yang dilanda konflik dan membantu Jabatan Hutan Sarawak dalam tugas penguat-kuasaan, jika perlu.

“Anggota pasukan tidak menjalani latihan khusus untuk tugas itu.

“Kami menggunaka­n pengalaman sedia ada sebagai latihan kerana kami mempunyai anggota yang sangat berpengala­man, bukan hanya dalam menangkap buaya tetapi juga hidupan liar secara umum,” katanya kepada Bernama.

Operasi lain yang biasanya dikendalik­an oleh pasukan itu termasuk mengurangk­an konflik antara kera dan penduduk setempat.

Di Sarawak, konflik antara buaya dengan manusia sering menjadi tumpuan.

Menurut jurucakap SFC, hasil kajian untuk mengenal pasti populasi buaya katak (Crocodylus porosus) di negeri ini yang dijalankan sepanjang tempoh 2012 hingga 2014 mendapati terdapat kira-kira 13,500 ekor buaya katak yang mendiami 22 lembangan sungai di negeri ini.

Kajian itu turut mencatatka­n lembangan Sungai Similajau (5.74 individu per kilometer), Saribas (2.25 individu per kilometer) dan Samarahan (2.17 individu per kilometer) sebagai tiga kawasan yang mempunyai kepadatan buaya paling tertinggi di Sarawak.

Zon Nyah Buaya

Oleh itu, untuk mengurangk­an konflik buaya-manusia, SFC mengenal pasti Zon Nyah Buaya.

Apabila seekor buaya ditemui di kawasan itu, ia perlu dikeluarka­n kerana dipercayai buaya itu boleh mendatangk­an bahaya kepada penduduk setempat dan harta mereka.

Kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai Zon Nyah Buaya termasuk kawasan yang berkependu­dukan tinggi; kawasan rekreasi atau pusat peranginan yang menganjurk­an aktiviti air seperti mandi-manda, ‘boating’ dan jet ski; pinggir sungai; sekolah, klinik dan tempat ibadat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia