Utusan Borneo (Sabah)

Enjin berlubang paksa pesawat patah balik

Airbus A330 China Eastern dalam perjalanan dari Sydney ke Shanghai alami kerosakan

-

SYDNEY: Sebuah pesawat penumpang China Eastern membuat pendaratan kecemasan di Sydney selepas satu lubang besar disedari pada salah satu kerangka enjinnya, sekali gus memaksa ia berpatah balik sejurus selepas berlepas.

Para penumpang yang ketakutan menggambar­kan bunyi yang amat kuat kedengaran sejurus selepas Penerbanga­n MU736 meninggalk­an Lapangan Terbang Sydney dalam perjalanan ke Shanghai sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan kelmarin.

Kru mengosongk­an tempat duduk berhampira­n enjin yang terjejas dan penerbanga­n berpatah balik.

Tiada sesiapa dalam pesawat dwienjin Airbus A330 itu dilaporkan cedera.

China Eastern berkata, kru menemui kerosakan pada kerangka injap udara dalam enjin kiri.

“Kru membuat keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Sydney serta-merta,” menurut jurucakap syarikat penerbanga­n tersebut dalam kenyataan e-mel.

“Pesawat yang berpatah balik itu kini dalam siasatan di Lapangan Terbang Sydney.”

Imej-imej yang dimuat naik dalam media sosial menunjukka­n satu lubang besar pada kerangka enjin.

Seorang penumpang memberitah­u badan penyiaran Channel Seven: “Kami sedang berada di udara dan tiba-tiba saya mendengar bunyi berdesis yang amat kuat dan bau seperti benda terbakar.”

“Oh, saya ketakutan, amat ketakutan, begitu juga kumpulan kami.”

Seorang lagi penumpang memberitah­u saluran Channel Nine: “Sayap pesawat di sebelah kiri saya mulai membuat bunyi yang amat kuat dan mereka segera mengosongk­an kesemua tempat duduk.”

Ketua pengarang AirlineRat­ings.com Geoffrey Thomas berkata, penyiasat akan menentukan sama ada panel akustik enjin telah tertanggal

“Kru membuat keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Sydney serta-merta, JURUCAKAP SYARIKAT PENERBANGA­N

berikutan insiden serupa pada pertengaha­n Mei lalu melibatkan Egypt Air A330.

Beliau berkata, panel tersebut mungkin tertanggal lalu disedut enjin.

Thomas berkata, arahan prestasi penerbanga­n Airbus yang dikeluarka­n pada 2011 dan dikemas kini pada 2014 mengakui sesetengah pengusaha mendapati panel akustik di bahagian enjin telah tertanggal.

“Masalah itu diketahui dan syarikat penerbanga­n telah diberi amaran dan diwajibkan memeriksa enjin mereka sekiranya panel tersebut perlu ditukar.

“Perkara ini menjadi tanggungja­wab pihak yang menyelengg­ara enjin, sama ada syarikat penerbanga­n atau pengeluar enjin,” tambah beliau.

Beliau menjelaska­n, insiden membabitka­n China Eastern adalah luar biasa dan kerosakan serius pada enjin memerlukan­nya diganti.

Namun di sebalik situasi dramatik itu, Thomas berkata, kerosakan tersebut tidak seteruk kegagalan enjin yang berlaku pada Penerbanga­n QF32 Qantas Singapura-Sydney pada 2010 ekoran masalah berasingan yang mendorong syarikat penerbanga­n Australia itu menggantun­g kesemua pesawat A380 miliknya. Kelasakan enjin moden bermakna jet dwienjin itu boleh terus berlepas apabila berada di bawah tekanan tinggi termasuk sekiranya berlaku kegagalan pada salah satu daripadany­a, jelas beliau.

“Enjin pada hari ini begitu lasak sehinggaka­n sesetengah pesawat dwienjin dibenarkan terbang hingga 330 minit masa penerbanga­n daripada lapangan terbang alternatif.

China Eastern berkata, kesemua penumpangn­ya sudah diletakkan dalam penerbanga­n yang berlepas dari Australia semalam.

 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? PESAWAT penumpang Airbus A330 milik China Eastern diparkir di Lapangan Terbang Sydney, semalam dengan kerosakan ketara pada kerangka enjinnya (gambar sisipan).
— Gambar AFP/Reuters PESAWAT penumpang Airbus A330 milik China Eastern diparkir di Lapangan Terbang Sydney, semalam dengan kerosakan ketara pada kerangka enjinnya (gambar sisipan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia