Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Islam hargai sumbangan

Kini dapat tunai sembahyang dengan selesa di Masjid Hidayatull­ah

- Oleh DELLROY

TENOM: Kira-kira masyarakat Islam di perumahan Kallang di sini dan sekitarnya kini dapat menunaikan sembahyang di Masjid Hidayatull­ah dalam keadaan yang lebih selesa berbanding 10 tahun yang lalu.

Ia berikutan masjid berkenaan menerima bantuan kemudahan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berupa permaidani baharu dan enam penghawa dingin.

Menurut Pengerusi Masjid Dato Mamit Hj Sulaiman kemudahan itu sememang amat diperlukan para jemaah selama ini dan berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan pada masa akan datang.

“Saya mewakili suara para jemaah di sini amat berterima kasih di atas bantuan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Seorang umat Islam di perumahan berkenaan, Satumi Majid, 60, turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada ketua menteri khususnya kerajaan negeri kerana memberikan kemudahan berkenaan demi keselesaan para jemaah.

“Semoga ketua menteri kita dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik kerana memberi bantuan seumpama ini,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan turut menyampaik­anbantuanw­ang tunai dan barang keperluan harian kepada kira-kira 100 penerima terdiri warga emas, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal dan anak yatim piatu.

Rahmahjan berkata program yang diadakan setiap tahun itu amat bertepatan sekali dalam membantu mereka yang memerlukan selaras dengan tuntutan agama apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kita di pihak Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom, selain mendekati rakyat, turut memberi bantuan pada setiap musim perayaan tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.

Sementara itu, Wanita Umno Bahagian Tenom juga menyumbang RM3,000, baju telekung dan sejadah kepada badan masjid berkenaan.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tenom Hj Kassim Yunus, Timbalan Naib Ketua Bahagian Umno Tenom Juli Malik Hussin dan para pemimpin setempat.

“Saya mewakili suara para jemaah di sini amat berterima kasih di atas bantuan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan.” DATO MAMIT HJ SULAIMAN Pengerusi Masjid

 ??  ?? (gambar atas dan
kanan) RAHMAHJAN menyampaik­an bantuan kepada para penerima.
(gambar atas dan kanan) RAHMAHJAN menyampaik­an bantuan kepada para penerima.
 ??  ??
 ??  ?? PERMAIDANI baharu yang telah dipasang di bahagian tempat solat untuk jemaah wanita di masjid itu.
PERMAIDANI baharu yang telah dipasang di bahagian tempat solat untuk jemaah wanita di masjid itu.
 ??  ?? MASYARAKAT Islam di perumahan berkenaan mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri.
MASYARAKAT Islam di perumahan berkenaan mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia