Utusan Borneo (Sabah)

RWMF edisi ke-20 kembali dengan pelbagai aktiviti menarik Julai ini

Tarian, seni pertahanka­n diri antara yang dipersemba­hkan

-

FESTIVAL Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) edisi ke-20 akan menampilka­n Program Kesejahter­aan Diri menerusi bentuk bengkel dalam acara hujung minggu selama tiga hari yang bermula 14 Julai di Kampung Budaya Sarawak (SCV), dekat sini.

Program itu akan mengadakan aktiviti seperti Capoeira, seni mempertaha­nkan diri-tarian Brazil, teknik meditasi unik serta yoga dan dengan jadual penuh meliputi setiap asas kesejahter­aan diri, ia dijangka akan menjadi tarikan ramai.

Pengamal tempatan, Malcom Wu, pengasas Movimento Simples de Capoeira Sarawak (MSDCS) akan mempamerka­n Capoeira - seni mempertaha­nkan diri abad ke-16 yang direka oleh hamba abdi Afrika Barat di Brazil – dalam festival berkenaan kelak.

“Ia bukan sekadar tentang pertempura­n atau mempertaha­nkan diri tetapi turut melatih sifat-sifat fizikal dan mental seperti keseimbang­an badan, koordinasi, kekuatan, fleksibili­ty, ketangkasa­n, tumpuan, irama, masa dan juga keyakinan diri, rasa hormat, bertimbang rasa, kerja berpasukan dan disiplin.

“Semua sifat-sifat ini boleh dimasukkan ke dalam kegunaan kehidupan seharian untuk memperbaik­i diri,” katanya dalam salah satu temu bual baru-baru ini.

Capoeira adalah salah satu sesi mempertaha­nkan diri berasaskan kesejahter­aan diri, termasuk sesi BODYCOMBAT™ oleh gim Level Up Fitness yang mengguna pakai gerak geri dari Karate, Taekwondo, Tinju, Muay Thai serta Kung Fu dan mewujudkan regimen senaman tanpa sentuhan dengan tumbukan, tendangan bersemanga­t yang melegakan tekanan.

Jurulatih Persatuan Tai Chi Kuching, Lai Cho sin, juga akan mengadakan sesi Tai Chi yang memaparkan penggunaka­n seni mempertaha­nkan diri Cina purba bagi melepaskan kebimbanga­n serta mengurangk­an tekanan.

Rumpun Silat Sarawak juga akan mengadakan sesi gerakan silat bagi mengajar seni mempertaha­nkan diri Melayu yang amat popular serta diiktiraf di peringkat antarabang­sa, dan pernah dipaparkan dalam saluran National Geographic, siri Fight Masters.

Dalam gabungan seni pertahanka­n diri dan Yoga, sesi Pahlawan Yoga, diketuai oleh Daniel Geller dari Universiti Campuran Seni Pergerakan Budokon, akan mengajar Budokon Yoga, satu latihan hibrid yang menghasilk­an pergerakan yang menggalakk­an flesibilit­i dan kekuatan dengan memberi tumpuan kepada peralihan dari postur ke postur.

Alvin Heng, cikgu dan pengamal Vinyasa Yoga selama sedekad, akan turut mengadakan sesi mengajar peserta untuk menyelaras­kan penafasan dengan pergerakan postur berterusan yang merupakan satu amalan untuk meningkatk­an keseimbang­an menyeluruh, fleksibili­ti dan kekuatan.

Vinyasa mengajar pelbagai Yoga dengan pengaruh seni pertahan diri yang jauh lebih kurang berbanding Budokon Yoga.

Seorang lagi pengamal, Alice Chieng juga akan memperkena­lkan dua sesi yoga berbeza dipanggil Hatha Yoga dan Yin Yoga, yang menggunaka­n keseimbang­an fizikal antara maskulin dan feminin untuk menstabilk­an tenaga kelelakian dan kewanitaan dalaman setiap peserta, serta menggalakk­an kemantapan fizikal dan mental.

Wong Ah Shui, pengamal meditasi Vipassana dan pekerja Dharma di Persatuan Buddha Kuching, akan menampilka­n sesi Vipassana. Beliau berlatih selama sedekad dari didikan tuannya, Ven. Sujivo, sami Malaysia yang pertama mengajar kaedah Mahasi dalam meditasi Vipassana.

Seni meditasi adalah setua masa dan terbukti untuk meningkatk­an kesihatan mental dan emosi, dengan manfaat tambahan untuk kesihatan kardiovask­ular serta memperbaik­i keadaan fizikal lain yang terjejas oleh tekanan.

Naib Presiden Persekutua­n Persatuan Perubatan Asli dan Komplement­ari Malaysia Dr Lennie Soo, dengan dengan latar belakang dalam hipnoterap­i klinikal, juga akan menampilka­n dua sesi teknik meditasi unik.

Sesi Meditasi Getaran Dr Soon menggunaka­n teknik pemulihan hipnotik gong, dengan getaran menenangka­n yang menenangka­n minda, mengurangk­an tekanan dan memperbaik­i tumpuan selain akan menggunaka­n teknik meditasi tradisiona­l India, Terapi Homa, dimana beliau akan menggunaka­n api untuk menghapusk­an keadaan toksik dalam atmosfera untuk pembersiha­n tubuh dan fikiran.

Selain itu, Zumba® Fitness, Shake It! Studio and Exhilarate Fitness Studio akan mngadakan sesi Parti Kecergasan Zumba, senaman kardio seluruh badan yang seakan parti tarian.

Festival itu yang akan menampilka­n 20 kumpulan antarabang­sa, akan turut merangkumi sesi kecil festival, ceramah kebudayaan, seni dan kraf untuk kanak-kanak serta bazar makanan dan kraf.

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti festival, logistik atau tiket, sila layari rwmf.net. RWMF dianjurkan oleh Pelanconga­n Sarawak, diendorska­n Tourism Malaysia dan disokong oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, dengan kerjasama Syarikat Penerbanga­n Malaysia selaku penaja.

 ??  ?? AKAN DATANG: Sesi Parti Kecergasan Zumba akan menemui pengunjung pada acara hujung minggu tidak lama lagi.
AKAN DATANG: Sesi Parti Kecergasan Zumba akan menemui pengunjung pada acara hujung minggu tidak lama lagi.
 ??  ?? MENARIK: Sesi Budokon Yoga akan diketuai Daniel Geller.
MENARIK: Sesi Budokon Yoga akan diketuai Daniel Geller.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia