Utusan Borneo (Sabah)

Mengingati golongan kurang bernasib baik

50 terima sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah bersama masyarakat di Tenom

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Seramai 50 orang golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat anjuran Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan di dewan terbuka Kampung Chinta Mata, di sini, barubaru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 30 golongan asnaf menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah sementara 20 yang lain masing-masing menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang.

Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyerahka­n sumbangan berupa peralatan pembesar suara dan kipas angin kepada Masjid Kampung Chinta Mata Bukit dan Surau Kampung AnganAngan yang disampaika­n oleh Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Bahagian Akaun dan Perkhidmat­an Kewangan Andi Francis Kathil Toyong.

Terdahulu dalam ucapannya, Raime yang juga tetamu kehormat pada majlis itu meminta kerajaan agar dapat membina sebuah bangunan masjid di daerah kecil Kemabong.

“Kini, sudah tiba masanya untuk Kemabong mempunyai bangunan masjid bagi memudahkan umat Islam yang tinggal di kawasan itu untuk beribadah selain melakukan aktiviti keagamaan,” katanya.

Raime juga memberitah­u bahawa peruntukan parlimenny­a berjumlah RM350,000 telah diagihagih­kan kepada masjid dan surau di daerah ini untuk kegunaan fizikal yang disalurkan melalui Badan Dakwah Daerah.

Pada masa yang sama, Raime turut meminta agensi kerajaan melalui tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk bekerjasam­a membantu masyarakat Islam, terutamany­a mereka yang kurang bernasib baik dalam bulan Ramadan.

“Melalui gabungan agensi kerajaan ia boleh membantu untuk menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik bagi meringanka­n bebanan mereka,” katanya.

Beliau juga meminta agar Ahli Jawatankua­sa Badan Masjid dan Surau di kawasan ini perlu mewujudkan suasana harmoni di antara mereka.

“Kita tidak mahu suasana keharmonia­n masjid dan surau tidak dipelihara kerana ia adalah bergantung kepada kekuatan umat Islam.

“Ahli Jawatankua­sa Badan Masjid dan Surau di daerah ini perlu mengukuhka­n perpaduan dan kesatuan yang kuat untuk keharmonia­n kedua-dua institusi ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata setiap tahun, Kumpulan Yayasan Sabah akan memilih 48 masjid dan surau di seluruh negeri ini untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat di kawasan itu.

“Program seperti ini bertujuan mengeratka­n hubungan di antara Yayasan Sabah, pemimpin dan masyarakat setempat,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Andi Francis.

Beliau berkata kejayaan program itu adalah amat bergantung­kepadakerj­asama yang baik antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Sapawi juga percaya kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Raime dan Rubin masingmasi­ng menyampaik­an sumbangan tersebut kepada penerima yang terpilih di daerah ini.

Turut hadir, pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Madiyem Layapan, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Teo Guan Leck, Penolong Pegawai Daerah dan Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kassim Haji Yunus.

Kini, sudah tiba masanya untuk Kemabong mempunyai bangunan masjid bagi memudahkan umat Islam yang tinggal di kawasan itu untuk beribadah selain melakukan aktiviti keagamaan. DATUK RAIME UNGGI Ahli Parlimen Tenom

 ??  ??
 ??  ?? RAIME menyampaik­an sumbangan dari Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Teo (berdiri dua kiri).
RAIME menyampaik­an sumbangan dari Kumpulan Yayasan Sabah kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Teo (berdiri dua kiri).
 ??  ?? RUBIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Kassim (kiri).
RUBIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Kassim (kiri).
 ??  ?? WAKIL dari Surau Kampung Angan-Angan menerima sumbangan dua kipas angin dari Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaika­n oleh Andi Francis.
WAKIL dari Surau Kampung Angan-Angan menerima sumbangan dua kipas angin dari Kumpulan Yayasan Sabah yang disampaika­n oleh Andi Francis.
 ??  ?? ANDI Francis (kanan) menyampaik­an sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah berupa peralatan pembesar suara kepada wakil Masjid Kampung Chinta Mata Bukit.
ANDI Francis (kanan) menyampaik­an sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah berupa peralatan pembesar suara kepada wakil Masjid Kampung Chinta Mata Bukit.
 ??  ?? SEBAHAGIAN umat Islam yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN umat Islam yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia