Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan menarik di television anda

-

PUSTAKA Bookaroo akan menyertai Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) tahun ini dengan sesi interaktif bersama kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sepanjang tiga hari festival berlangsun­g.

Antara sesi interaktif yang akan diadakan termasuk bercerita dan membaca selain sesi kraf dan seni mengikut tema muzik serta budaya tradisiona­l.

Pustaka Bookaroo diperkenal­kan pada festival ini bagi memupuk kesedaran dan menghargai alatan dan muzik tradiosion­al dalam kalangan generasi muda menerusi aktiviti yang interaktif.

Pustaka Bookaroo akan meneruskan Doodle Wall, di mana kanak-kanak dan pengunjung festival yang lain berpeluang untuk meninggalk­an kenangan mereka pada mural besar ‘Tree of Life’ bagi menyampaik­an rasa cinta mereka muzik menerusi lukisan.

Pustaka atau Pustaka Negeri Sarawak sentiasa mengambil langkah hebat ke arah menggalakk­an literasi dan cintai buku dalam kalangan generasi muda di Sarawak.

Dengan menganjurk­an program Bookaroo ia memperkuku­hkan lagi langkah Pustaka ini ke tahap yang lebih tinggi.

Projek Bookaroo bermula pada 2008 di India dan kini diadakan di pelbagai bandar termasuk Kuching dengan matlamat utama membawa kanak-kanak, buku dan penulis bersama dalam satu aktiviti.

Sebagai tambahan kepada ulang tahun ke-20 RWMF, Pustaka Bookaroo melakar satu lagi pencapaian dengan kembali ke Kuching selepas projek antarabang­sa, Bookaroo Trust Festival of Children’s Literature yang memenangi Anugerah Festival Literari pada Anugerah Kecemerlan­gan Antarabang­sa Festival Buku London tahun ini.

RWMF, akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada 14 hingga 16 Julai depan dengan menampilka­n 29 buah kumpulan pemuzik sepanjang pertunjuka­n tiga hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti festival, logistik atau tiket sila layari rwmf.net.

RWMF dianjurkan oleh Pelanconga­n Sarawak disahkan oleh Pelanconga­n Malaysia dan disokong oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak dengan Malaysia Airlines sebagai penaja.

 ??  ?? GEMBIRA: Kanak-kanak menghasilk­an alatan muzik sendiri pada sesi seni dan kraf Pustaka Bookaroo ketika festival yang lepas.
GEMBIRA: Kanak-kanak menghasilk­an alatan muzik sendiri pada sesi seni dan kraf Pustaka Bookaroo ketika festival yang lepas.
 ??  ?? AKTIVTI MENARIK: Doodle Wall pada RWMF 2016
AKTIVTI MENARIK: Doodle Wall pada RWMF 2016

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia