Utusan Borneo (Sabah)

JKKK perlu wujud biro khas pelihara adat tradisi Iban

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mahu ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini menubuhkan satu biro khas bagi memelihara adat serta budaya masyarakat Iban di rumah panjang agar budaya adat asal kaum ini terus dipelihara dan diperturun­kan kepada generasi muda.

Beliau berkata, dengan penubuhan biro itu nanti ia dapat mengumpul segala budaya dan adat resam dimiliki generasi sebelum ini agar dimiliki, dipelajari dan diperturun kepada generasi muda di rumah panjang pada masa kini.

“Saya menggesa kepada ahli JKKK mengumpul anakanak muda atau generasi muda di rumah panjang masingmasi­ng untuk menubuh satu biro khas di bawah JKKK masing-masing bagi mengumpul segala budaya serta adat resam di rumah panjang,” katanya.

Jelasnya, ia penting kerana adat resam serta budaya masyarakat di rumah rumah panjang perlu diwarisi atau dipelajari anak muda agar budaya turun-temurun kita tidak hilang begitu sahaja.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2017 di Rumah Rebi, Gran Stumbin B, Sri Aman dekat sini, pada Ahad.

Majlis itu diadakan sebagai menandakan tamatnya musim Gawai bagi masyarakat Dayak di Sarawak.

Harden menambah, beliau berasa kagum dengan inisiatif beberapa JKKK di negeri ini yang berjaya menubuhkan kelab kebudayaan di rumah panjang masing-masing bagi menghimpun semula adat budaya di rumah panjang masing-masing.

“Inisiatif seperti ini harus menjadi ikutan JKKK lain sebagai mengekal tradisi dan menurunkan pengetahua­n kepada generasi muda kita hari ini,” katanya.

Harden memuji atas penubuhan Kelab Kebudayaan dan Pendidikan, Pasukan ‘Gendang Pampat’ dan ‘Ngajat Indu’ peringkat rumah panjang sebagai usaha mempertaha­n adat budaya asal yang unik diperturun­kan kepada generasi muda.

Di samping itu, beliau sekali legi menggesa penduduk rumah panjang agar menitikber­atkan pendidikan anak kerana melalui pendidikan sahaja dapat mengubah taraf hidup generasi akan datang menjadikan­nya lebih baik.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Bomba Kanan II daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Pemanca Lee Siang Hua, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai, pengerusi pengelola majlis Kaunselor Waterkille­r James Junit serta yang lain.

Harden mengumumka­n peruntukan berjumlah RM8,000 kepada JKKK manakala RM3,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Harden turut menyampaik­an sebanyak lima unit alat pemadam api kepada JKKK rumah panjang ini.

 ??  ?? HARDEN (berdiri, empat kiri) bergambar kenangan bersama ahli Kelab Kebudayaan dan Pendidikan serta Pasukan Gendang Pampat dan Ngajat Indu dari Rumah Panjang Rebi yang merupakan generasi pelapis kepada kebudayaan rumah panjang berkenaan semasa sambutan...
HARDEN (berdiri, empat kiri) bergambar kenangan bersama ahli Kelab Kebudayaan dan Pendidikan serta Pasukan Gendang Pampat dan Ngajat Indu dari Rumah Panjang Rebi yang merupakan generasi pelapis kepada kebudayaan rumah panjang berkenaan semasa sambutan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia