Utusan Borneo (Sabah)

Golf `Big Hole’ kembali...

-

KOTA KINABALU: Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC) sekali lagi akan menganjurk­an Pertanding­an Golf ` Big Hole’ 2017 yang akan berlangsun­g di lapangan pemenang anugerah itu di Tuaran pada 18 Jun (Ahad) ini.

Pengurus Besar ShangriLa’s Rasa Ria Resort and Spa (SRRR), Jonathan Reynolds berkata, pertanding­an menggunaka­n format System 36 Stableford itu akan bermula 1.00 petang di mana pemain lelaki akan memulakan permainan dari Kotak Biru manakala pemain wanita dario Kotak Merah.

“Datang dan sertai pertanding­an yang unik ini. Ini merupakan satu-satunya pertanding­an `Big Hole’ (lubang besar) di Borneo.

“”Perbezaan antara pertanding­an ini berbanding pertanding­an golf yang biasa ialah lubang untuk kejohanan ini ialah hampir dua kali ganda besar berbanding lubang biasa,” jelas beliau selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Hadiah Hari Golf Journalist­s 2017 anjuran SRRR baru-baru ini.

“Jika lubang biasa ialah pada ukuran diameter 4.25 inci, lubang untuk Big Hole ini ialah sebesar 8 inci !

“Selain itu, kelainan Big Hole ini ialah semasa pertanding­an berlangsun­g, Pin lubang kekal terpacak sehingga ke tolakan terakhir, tidak seperti pertanding­an biasa di mana pin akan dicabut apabila kesemua bola telah berada di atas Green,” tambah Jonathan.

Pertanding­an itu menyediaka­n tiga hadiah utama termasuk juara yang akan menerima baucer penginapan dua hari satu malam di Bilik Deluxe Sea View dan satu dozen bola Titleist DT TruSoft.

Naib johan akan menerima baucer penginapan dua hari satu malam di Bilik Deluxe Garden View dan dua lengan bola Titleist DT TruSoft, sambil pemenang tempat ketiga akan menerima baucer Makan Malam untuk dua orang di Coffee Terrace dan dua lengan bola Titleist DT TruSoft.

Pertanding­an itu juga menyediaka­n hadiah Pukulan Selubang Pasti Menang berupa Televisyen LED Sony 40 inci serta banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 088-791188/333/666 atau 013-8816096 / 0198076236. Dalam pada itu, Hari Golf

Journalist­s 2017 yang diisi dengan acara pertanding­an dijuarai oleh wartawan sukan Desmond Qwek dari akhbar tempatan Utusan Borneo selepas berjaya mencatat 37 mata.

Naib johan disandang oleh Ahmad Marif, jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia, yang mencatat 36 mata sambil Leopold Santos, editor The

Borneo Post, menduduki tempat ketiga dengan catatan 35 mata.

Hari Golf Journalist­s 2017 bertujuan untuk memberi peluang untuk para pengamal media beriadah dan melepaskan tekanan kerjaya, selain membina kerjasama dan persahabat­an antara SRRR dan pihak media, turut disertai oleh Pengarah Konservasi SRRR; Abd Sail Jamaludin dan Pengarah Golf DBGCC; Aaron Johnston. Hadir sama ialah Pengarah Komunikasi SRRR; Regina Sulit.

 ??  ?? JONATHAN Reynolds (berdiri empat kanan) dan para pegawai kanan SRRR dan DBGCC bersama antara wakili media yang menyertai Hari Golf Journalist­s 2017 di DBGCC, Tuaran baru-baru ini.
JONATHAN Reynolds (berdiri empat kanan) dan para pegawai kanan SRRR dan DBGCC bersama antara wakili media yang menyertai Hari Golf Journalist­s 2017 di DBGCC, Tuaran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia