Utusan Borneo (Sabah)

Safiq kembali pimpin Harimau Malaya

Menentang Lubnan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin malam ini

-

JOHOR BAHRU: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah sesuai kerana Safiq merupakan wakil terbaik sebagai penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanak­an strategi pada perlawanan hari ini.

“Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama... bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungja­wab itu,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilka­n prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumuman­nya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lepas.

Sambil menyifatka­n tanggungja­wab tersebut bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerka­n aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini.

“Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik.

“Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakanrakan pernah berdepan situasi begitu...tapi kita ambil yang positif sahaja... kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Lubnan Miodrag Radulovic berkata ketiadaan pemain tengah Mohammed Ghaddar tidak menjejaska­n rentak permainan pasukannya.

“Itu keputusan Ghaddar sendiri untuk tidak mahu beraksi...namun saya tidak berapa kisah. Kami mempunyaib­eberapapem­ain lain yang boleh menggantik­an beliau,” katanya sambil berharap anak buahnya dapat mengekalka­n momentum selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada 28 Mac lepas untuk mendahului Kumpulan B.

Beliau mengakui menentang Malaysia yang beraksi di gelanggang sendiri, bukan sesuatu yang mudah, namun anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran tersebut. - Bernama

Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama... bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungja­wab itu. NELO VINGADA Ketua jurulatih Harimau Malaya

 ??  ??
 ??  ?? VINGADA (kiri) bersama Safiq (tengah) dan penolong jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Ho (kanan) ketika sesi bergambar selepas sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang Lebanon dalam Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC Cup) 2019 di Bilik...
VINGADA (kiri) bersama Safiq (tengah) dan penolong jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Ho (kanan) ketika sesi bergambar selepas sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang Lebanon dalam Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC Cup) 2019 di Bilik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia