Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berdepan Lubnan di Larkin

-

SIMUNJAN: Larian Obor Sukan Sea 2017 (KL2017) bagi peringkat Bahagian Samarahan kelmarin menyaksika­n obor berkenaan dibawa sejauh 20 kilometer melibatkan tiga peringkat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam ucapan berkata larian obor itu bertujuan menaikkan semangat rakyat memandangk­an Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea.

“Sukan Sea di Kuala Lumpur tetapi semangat rakyat penting dari Arau, Perlis hingga Tawau, Sabah kita mahu rakyat bangkit bersama,” katanya.

Peringkat pertama menyaksika­n Khairy bersama 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa obor itu merentasi Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer yang juga jambatan terpanjang di negeri ini.

Sebaik melepasi jambatan itu, peringkat kedua diteruskan Khairy membawa obor tersebut serta mengetuai konvoi 29 buah motosikal berkuasa tinggi dari jambatan berkenaan menuju pekan Simunjan.

Peringkat ketiga menyaksika­n Khairy bersama penduduk tempatan, orang kelainan upaya (OKU) dan 150 anggota ATM membawa obor itu menuju Padang Sental di Pekan Simunjan.

Obor berkenaan kemudianny­a diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hari ini larian obor akan diteruskan ke Kuching. Bernama

 ??  ?? KHAIRY (tengah) menyertai para peserta Larian Obor KL2017 peringkat bahagian Samarahan kelmarin. - Gambar BERNAMA
KHAIRY (tengah) menyertai para peserta Larian Obor KL2017 peringkat bahagian Samarahan kelmarin. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? KHAIRY (kiri) menyerahka­n OborSukanS­ea2017(KL2017) dan Para Asean kesembilan kepada Abdul Karim (kanan) sempena Larian Obor KL2017 peringkat bahagian Samarahan kelmarin. Gambar BERNAMA
KHAIRY (kiri) menyerahka­n OborSukanS­ea2017(KL2017) dan Para Asean kesembilan kepada Abdul Karim (kanan) sempena Larian Obor KL2017 peringkat bahagian Samarahan kelmarin. Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia