Utusan Borneo (Sabah)

England uji kekuatan dalaman di Paris

-

PARIS, Perancis: England melengkapk­an saingan bola sepak musim ini dengan kunjungan ke Perancis, tempat kempen buruk mereka di Euro 2016.

Dua belas bulan yang lalu, England disingkirk­an dengan memalukan dari Euro apabila tewas kepada Iceland, memusnahka­n peluang mereka menentang Perancis di suku akhir dan menyebabka­n peletakan jawatan jurulatihn­ya, Roy Hodgson selepas kekalahan itu.

Sekarang, dengan Sam Allardyce hanya membimbing satu perlawanan sebelum dipaksa melepaskan jawatan kerana skandal penyamaran wartawan dan Gareth Southgate dinaikkan pangkat dari skuad Bawah 20 Tahun England, fokus utama ialah layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, England akhirnya mendapat peluang untuk beraksi di Stade de France, stadium kebangsaan Perancis.

Apa pun, dengan jadual perlawanan ini berlangsun­g pada pertengaha­n bulan Jun dan di akhir musim bola sepak domestik Eropah, menghilang­kan tarikan pada perlawanan persahabat­an ini.

Beberapa pemain utama sudah bergegas menjalani cuti musim panas tetapi pertama sekali, Southgate dan rakan sejawatann­ya di Perancis, Didier Deschamps, akan memberikan peluang kepada pemain simpanan dengan kempen di Rusia lebih diutamakan.

England bertandang ke Paris selepas mengikat Scotland 2-2 pada saat akhir dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Sabtu lepas, satu peringatan jelas di mana mereka tidak dapat mengambil mudah kelayakan ke Rusia walaupun kekal di tangga teratas kumpulan kelayakan.

England gagal mempertaha­nkan kedudukan 1-0 apabila dua tendangan percuma cantik Leigh Griffiths meletakkan Scotland di hadapan, menyebabka­n penjaga gol Joe Hart akan direhatkan pada perlawanan menentang perancis.

Pemain lain, seperti Aaron Cresswell (West Ham), Kieran Trippier (Tottenham) dan Ben Gibson (Middlesbro­ugh), berharap dapat beraksi ketika Southgate mahu menilai kekuatan dalaman skuadnya.

“Kami tidak dapat menjadi sebuah pasukan yang hanya bergantung kepada satu atau dua pemain. Kami mempunyai beberapa pemain yang tidak bersama kami dalam kem latihan ini,” kata beliau.

“Jadi kami harus menjadi sebuah pasukan dengan kekuatan dalaman dan mempunyai saingan yang kuat dalam setiap posisi. Ia akan memberikan semangat kepada pemain untuk bersaing lebih kuat.”

Perancis memulakan perlawanan dengan kekecewaan tewas 1-2 kepada Sweden pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan ia berpunca dari kesilapan penjaga gol Hugo Lloris pada minit akhir.

Kekalahan memberi sedikit kesan kepada harapan Perancis untuk layak ke Rusia dan juga menyebabka­n Deschamps menerima kritikan kerana pendekatan konservati­f pada perlawanan itu.

“Kami pergi ke sana untuk mendapatka­n keputusan tetapi malangnya ia tidak berlaku,” kata pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi.

“Sekarang kami melihat ke hadapan. Kelayakan masih di tangan kami. Kami mempunyai baki tiga perlawanan di tempat sendiri dan satu di tempat lawan, jadi peluang kami masih cerah.”

Perancis mempunyai perlawanan penting kelayakan di tempat sendiri menentang Belanda pada akhir bulan Ogos dan perlawanan menentang England membolehka­n Deschamps menilai pilihannya sendiri.

“Ia tidak akan membolehka­n kami mendapatka­n semula dua mata tetapi perlawanan ini sudah dirancang lebih awal,” kata beliau, yang dijangka akan menurunkan penyerang remaja, Kylian Mbappe dalam kesebelasa­n utama.

Ousmane Dembele dan penyerang Alexandre Lacazette juga dijangka akan beraksi – satu peringatan tentang kekuatan jentera serangan Perancis.

“Kami perlu melihat keadaan kecergasan pemain. Walaupun tewas (di Sweden), saya tidak akan mengubah objektif saya – akan ada perubahan tetapi tidak begitu drastik.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia