Utusan Borneo (Sabah)

EMPAT SEKELUARGA MAUT

Motosikal dinaiki lima orang rempuh belakang lori kargo

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Empat daripada lima sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak maut selepas motosikal Honda EX5 yang dinaiki merempuh lori kargo yang diletak di tepi jalan, berdekatan Simpang Ulu Daar, Jalan TambunanKe­ningau pada Isnin.

Seorang lagi pembonceng wanita, iaitu isteri penunggang cedera parah. Kejadian berlaku jam 6.45 petang.

Mangsa yang maut adalah penunggang motosikal, iaitu lelaki tempatan berumur 29 tahun berasal dari Kampung Kotonobon, Tambunan, serta tiga anaknya, iaitu dua anak lelaki berumur enam dan dua tahun serta seorang anak perempuan berumur empat tahun.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri penunggang berumur 29 tahun dari Kampung Papar, Tambunan, cedera parah dan dihantar ke Hospital Tambunan sebelum dirujuk di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Katanya, Balai Polis Tambunan menerima aduan kira-kira jam 7 malam Isnin daripadaor­angawamber­kaitan kemalangan melibatkan motosikal merempuh lori muatan kargo yang berhenti di tepi jalan dipercayai rosak.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Keningau menuju ke arah Pekan Tambunan.

“Motosikal itu dinaiki lima orang sekeluarga dan sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang dipercayai tidak sempat mengelak, lalu merempuh bahagian belakang lori kargo yang rosak di tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu, empat maut di tempat kejadian, manakala isteri penunggang cedera parah,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa tidak memakai topi keledar dan penunggang juga disyaki menunggang laju berdasarka­n impak perlanggar­an yang kuat.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada penunggang yang gagal mengawal motosikal yang ditunggang­nya sehingga merempuh belakang lori yang rosak.

Menurut beliau, keadaan jalan lurus dua hala sementara cuaca gelap, permukaan jalan rata berturap tar, basah dan licin selepas hujan.

Ahmad berkata kes disiasar mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD
 ??  ?? KEADAAN motosikal yang merempuh lori kargo yang rosak dan diletakkan di tepi jalan.
KEADAAN motosikal yang merempuh lori kargo yang rosak dan diletakkan di tepi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia