Utusan Borneo (Sabah)

Rondaan bersama perketat kawalan keselamata­n Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pasukan keselamata­n Sabah dan Filipina saling bekerjasam­a perketat kawalan menerusi rondaan bersama.

Komander Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata setakat ini, sebanyak lima kali rondaan bersama dijalankan bermula Januari tahun ini.

Menurutnya dari rondaan berkenaan, sekitar 15 kali pertemuan berlangsun­g antara Polis Marin Malaysia dan Marin Filipina.

"Rondaan bersama ini untuk kita saling bertukar pertemuan secara bersemuka supaya semua tindakan berjalan selari.

"Kita perlu kekalkan kerjasama ini kerana melalui koordinasi sebegini sahaja yang membolehka­n kita mencegah jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri 2017/1438H Kepada Anggota Pasukan Keselamata­n di sini, kelmarin.

Wan Abdul Bari berkata bulan ia rondaan bersama dibuat dua kali melibatkan kawasan Lahad Datu dan Semporna serta Kudat.

Katanya ia bukan sahaja melibatkan negara Filipina, malah Indonesia turut bekerjasam­a dalam rondaan bersama itu.

"Pemantauan dan rondaan bersama ini lebih diperketat­kan selepas insiden keganasan yang berlaku di Marawi Selatan Filipina bulan lepas.

"Kita perlu tunjukkan kehadiran pasukan keselamata­n di kawasan perairan kita supaya mereka boleh nampak kapal-kapal kita di sana," jelasnya.

Pada masa sama, pihaknya turut melipatgan­dakan usaha pemantauan dari semasa ke semasa berhubung apa yang berlaku di Marawi.

Menurutnya setakat ini tiada sebarang maklumat atau cubaan menyusup masuk ke Sabah dikesan.

Menjelang musim perayaan ini juga, pihaknya tidak leka dalam memastikan kawalan keselamata­n di negeri ini sentiasa terjaga.

 ??  ?? WAN BARI
WAN BARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia