Utusan Borneo (Sabah)

Makanan hampir ‘pupus’ muncul semula di bazar Ramadan

Bazar Ramadan sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat

- Oleh SHAMRY M SANI

TREND menjual makanan semasa bulan Ramadan sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat sekali gus menjadi tarikan orang ramai khususnya peniaga yang mahu mendapatka­n pendapatan sampingan.

Sempena bulan Ramadan ini juga, peniaga tidak melepaskan peluang untuk mengambil tempat di beberapa tapak bazar bagi mendekati pelanggan mahupun penggemar makanan.

Tidak kurang juga yang memilih untuk berniaga di tempat asal mereka tatkala pengunjung dan pelanggan tetap sudah mengetahui lokasinya.

“Perniagaan bazar saya ini baru bermula tahun ini dan telah meraih ramai pelanggan,” kata seorang pengusaha yang hanya ingin dikenali Muhammad Kassim. “Justeru, saya memilih perniagaan di bazar ini kerana ingin mencari pendapatan lebih,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Bagi pengusaha air minuman Saiful, 26, dia memilih untuk berniaga bazar bagi memberi peluang kepada pelanggan baharu merasai hidangan minumannya. Selain itu katanya, keputusan itu sebagai strategi mengembang­kan lagi perniagaan di samping meraih lebih ramai pelanggan baharu. Sebagaiman­a selalu, bulan puasa menjadi amat sinonim dengan makanan, pesta makan dan pembaziran. Pada bulan ini di mana-mana sahaja ada pasar atau bazar Ramadan.

Di sinilah, tempat di mana segala jenis ‘tok nenek’ makanan muncul. Pada bulan ini, pelbagai jenis makanan yang rare atau hampir pupus dan sukar dicari pada hari-hari biasa menjelma.

Namakan apa sahaja juadah, lauk-pauk warisan atau makanan tradisi nenek moyang, pasti akan ada.

Kalau pada sebelah malam masjid dan surau meriah dengan kehadiran jemaah yang melimpah ruah untuk berbuka puasa, solat berjemaah dan kemudian menunaikan solat sunat tarawih, pasar atau bazar Ramadan pula berperanan besar dalam menghidupk­an suasana berpuasa pada siang hari.

Meskipun ‘kemeriahan’ di masjid atau surau biasa bertahan untuk seminggu atau dua minggu pertama berpuasa sahaja, pasar Ramadan meriah sehingga ke malam raya.

Kebanyakan yang berniaga di sini adalah penjaja kecil atau peniaga segera yang cuba mencari pendapatan tambahan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Hj Sipil berkata sebanyak 250 tapak bazar Ramadan telah disediakan pada tahun ini di kawasan pusat bandar.

Katanya jumlah itu semakin bertambah jika dibandingk­an dengan jumlah peniaga bazar pada tahun tahun sebelumnya.

“Sehubungan itu, pada tahun ini kita telah mengadakan sedikit perubahan iaitu penglibata­n Majlis Perbandara­n Tawau dalam perusahaan bazar ini kita tingkatkan dengan tidak memberi tanggungja­wab sepenuhnya kepada syarikat atau persatuan,” katanya.

Katanya langkah itu bertujuan mengawal keadaan lalu lintas, kebersihan dan lesen penjaja.

“Bagi syarikat atau persatuan yang ingin memohon tapak bazar, kita tetapkan kuota 10 hingga 15 tapak sahaja.

“Apapun, kemunculan ‘medan selera’ segera ini banyak membantu orang ramai mendapatka­n juadah berbuka puasa terutama bagi mereka yang bekerja.

“Cuma tidak dapat dipastikan dalam keadaan kos sara hidup naik mendadak setiap hari dengan harga bahan mentah dan barang keperluan lain terus meningkat, apakah para peniaga masih berupaya untuk menjual pada harga lama seperti pada tahun-tahun lepas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG pengunjung bazar ketika membeli juadah berbuka.
SEORANG pengunjung bazar ketika membeli juadah berbuka.
 ??  ?? KEADAAN Bazar Ramadan Sabindo yang begitu sesak setiap kali pada waktu petang.
KEADAAN Bazar Ramadan Sabindo yang begitu sesak setiap kali pada waktu petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia