Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing ditahan lepas tembakan ke arah remaja

Dipercayai lepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja

-

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki melepaskan satu das tembakan ke arah sekumpulan remaja lelaki, dipercayai menggunaka­n senapang buatan sendiri jenis ‘bakakuk’ sehingga mengakibat­kan seorang remaja cedera.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad dalam satu sidang media di IPD LDU kelmarin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi Ahad lalu di hadapan sebuah pusat hiburan.

Menurutnya ketika sekumpulan remaja berkenaan sedang berkumpul di hadapan pusat hiburan itu, mereka dihampiri sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.

Katanya suspek yang duduk di bahagian belakang kenderaan Iswara itu kemudian mengeluark­an separuh badan daripada tingkap dan bertindak melepaskan tembakan ke arah kumpulan remaja terbabit. Tembakan itu mengenai seorang remaja berusia 22 tahun di bahagian buku lali kiri dan kanan.

Pada masa sama, seorang lagi suspek dalam kenderaan itu keluar sambil memegang sebilah samurai sehingga mengakibtk­an kumpulan remaja terbabit bertempiar­an melarikan diri termasuk mangsa yang terkena tembakan, sebelum suspek dilihat melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan sebelum dipindahka­n ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Hamzah berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisih­an faham yang tercetus sewaktu berada di dalam pusat hiburan melibatkan kumpulan suspek dan kumpulan remaja berkenaan sehingga berlaku pergaduhan awal di dalam premis itu, sebelum kejadian tembakan di luar pusat hiburan itu berlaku.

“Suspek yang tidak berpuas hati dikatakan balik ke rumah dan mengambil senjata buatan sendiri miliknya lalu kembali ke pusat hiburan itu dan melepaskan tembakan sehingga mendatangk­an kecederaan kepada sorang remaja berkenaan,” katanya.

Menurut beliau susulan laporan dan maklumat diterima, pada hari sama kirakira jam 5.10 petang bertempat di kebun sawit Jalan Agaseh, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD LDU yang melancarka­n operasi Op Cantas Khas/Op Kesan diketuai Insp Abdul Mutalib Harun telah berjaya menahan suspek utama kes itu dan turut merampas senjata digunakan semasa kejadian selepas ditunjukka­n oleh suspek sendiri.

“Bersama-sama itu, pihak kita juga berjaya merampas empat butir peluru, empat kelongsong peluru dan sebilah petang samurai. Suspek adalah warganegar­a Indonesia berusia 26 tahun dan meruapkan pekerja ladang di kawasan Jalan Agaseh Lahad Datu.

“Suspek bersama kesemua barang rampasan kemudian dibawa balik ke IPD LDU untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya, sambil menambah suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis turut menahan 10 orang lagi berusia 17 sehingga 34 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan awal terdiri daripada keduadua kumpulan terlibat bagi membantu siasatan. Siasatan berasingan turut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Bagi kesalahan merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, hukuman maksimum jika disabit kesalahan adalah penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu ASP Ladamah Sulaiman dan Insp Mohamad Soffi Jalal.

 ??  ??
 ??  ?? HAMZAH (tengah), Ladamah (kiri) dan Soffi (kanan) menunjukka­n rampasan selaras senapang buatan sendiri dan sebilah samurai yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
HAMZAH (tengah), Ladamah (kiri) dan Soffi (kanan) menunjukka­n rampasan selaras senapang buatan sendiri dan sebilah samurai yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia