Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan gelandanga­n licik kembali ke Sabah lagi

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Selepas kirakira dua hari dihantar balik ke Kuala Lumpur, pasangan gelandanga­n licik yang menimbulka­n kegusaran kepada penduduk di sini kini dikesan sudah kembali ke ibu negeri, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata pasangan warga Jordan dan warga tempatan terbabit didapati menaiki pesawat AirAsia dan tiba di sini kirakira jam 4 pagi kelmarin.

“Sebaik menyedari kehadiran pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabang­saKotaKina­balu(LTAKK), pihak berkuasa LTAKK termasuk pihak polis kemudianny­a mengambil tindakan menahan pasangan ini untuk tujuan pemantauan selanjutny­a.

“Kita juga akan menjalinka­n kerjasama dengan beberapa pihak berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutny­a termasuk mengusir pasangan terbabit jika perlu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pagi kelmarin.

Pihaknya turut difahamkan bahawa pasangan terbabit akan berlepas ke Kemboja pada 15 Julai depan.

Pasangan suami isteri yang berumur 56 dan 48 tahun itu didapati tiba di Kota Kinabalu sejak 13 Mei lalu dengan tujuan melancong, bagaimanap­un kisah pasangan ini mula disebarkan di media sosial selepas perbuatan licik mereka dalam meraih simpati orang ramai.

Kedua-dua mereka akan merayauray­audisekita­rkawasanba­ndarayaunt­uk menagih simpati bagi mendapatka­n sumber kewangan untuk makan dan penginapan dengan mencari helah agar mangsa terjerat untuk mengikuti segala kemahuan mereka termasuk permintaan menginap di hotel mewah sekitar ibu negeri.

Chandra bagaimanap­un berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis atau bukti berkenaan perbuatan pasangan ini dan pihaknya juga sudah menghantar pasangan ini ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi Ahad lalu.

Pasangan itu kemudianny­a bertindak balik lagi ke sini sebelum dikesan pihak berkuasa di LTAKK, awal pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia