Utusan Borneo (Sabah)

Polis tangkap dua suspek pencuri

- -Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menahan dua suspek pencuri dalam tempoh 30 minit antara jam 10.30 dan 11 malam di dua lokasi berasingan di Kg Tinagat, Batu 7 Jalan Tinagat, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek pertama berumur 32 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua pula berusia 19 tahun.

“Kedua-dua suspek adalah lelaki warga asing dan mereka ditangkap susulan aduan seorang lelaki, 36, yang mengadu rumahnya dipecah-masuk pencuri,” katanya.

Katanya kedua-dua suspek mengaku memecah masuk kediamanpe­ngadudanpr­oses soal-siasat masih dijalankan termasuk mengesan barang kes yang belum ditemui semula.

Pengadu dikatakan menyedari dapur rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 5 petang selepas mendapati barang-barang berharga di dalam begnya sudah tidak ada.

Antara barang yang dilaporkan hilang adalah tiga telefon pintar, sebuah komputer riba, sebuah gitar elektrik dan sebuah penyedut hampagas yang keseluruha­nnya dianggar bernilai RM5,000.

“Hasil pemeriksaa­n, kita turut merampas barangbara­ng kedua-dua suspek seperti tiga rantai leher, sembilan anting-anting, dua gelang, satu telefon pintar dan tali jam Rolex.

“Turut dirampas, sebuah beg dan kotak cermin mata jenama Playboy, powerbank (satu), kotak Eye Gel Mask (satu), dua lampu, kabel (satu), dan sebuah beg pinggang,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata siasatan di dalam kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan diklasifik­asikan sebagai kes pecah masuk rumah.

“Air kencing keduadua suspek juga didapati positif mengandung­i methampeth­amine,”katanya sambil mengesahka­n suspek pertama pernah dipenjarak­an satu tahun di Penjara Tawau pada 2016 untuk kesalahan kes pecah masuk.

 ??  ?? KEDUA-dua suspek pencuri menunjukka­n kepada polis barang-barang yang dipercayai diperolehi hasil daripada kegiatan pecah masuk oleh mereka berdua.
KEDUA-dua suspek pencuri menunjukka­n kepada polis barang-barang yang dipercayai diperolehi hasil daripada kegiatan pecah masuk oleh mereka berdua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia