Utusan Borneo (Sabah)

Sabah hargai pasukan keselamata­n

Serah sumbangan kuih sempena Hari Raya Aidilfitri

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak 495 kotak sumbangan kuih-muih Hari Raya diserahkan kepada sembilan pasukan keselamata­n di Sabah tahun ini.

Kesemua sumbangan berkenaan membabitka­n 36 penyumbang termasukla­h dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata penyerahan sumbangan itu sebagai tanda penghargaa­n terhadap anggota pasukan keselamata­n yang bertugas pada Hari Raya.

Menurutnya walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, apa yang lebih penting adalah keikhlasan terhadap pengorbana­n para anggota pasukan keselamata­n di Sabah.

Dalam pada itu, Musa turut mengingatk­an agar rakyat turut sama memainkan peranan untuk menjaga keselamata­n negeri ini.

“Rakyat harus membantu dalam menjaga keselamata­n dan tidak menyerahka­n sepenuhnya tugasan ini kepada pasukan keselamata­n.

“Dengan adanya kerjasama antara rakyat dan pasukan keselamata­n, kita dapat bersamasam­a memelihara keamanan dan keselamata­n di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Kuih-Muih Hari Raya Aidilfitri 2017/1438H Kepada Anggota Pasukan Keselamata­n, di sini, kelmarin.

Musa berkata jasa dan pengorbana­n anggota pasukan keselamata­n tidak pernah dilupakan terutamany­a dalam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu katanya, penyerahan sumbangan berkenaan menjadi bukti jelas komitmen dan keprihatin­an kerajaan negeri dalam mengiktira­f pasukan keselamata­n.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n) Datuk Asnimar Sukardi.

“Rakyat

harus membantu dalammenja­gakeselama­tan dan tidak menyerahka­n sepenuhnya tugasan ini kepada pasukan keselamata­n. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (kiri) menyampaik­an sumbangan kuih Hari Raya kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Suria Idris (kanan) sambil diperhatik­an Sukarti (tengah).
MUSA (kiri) menyampaik­an sumbangan kuih Hari Raya kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah Suria Idris (kanan) sambil diperhatik­an Sukarti (tengah).
 ??  ?? GERAI-GERAI menjual kuih-muih turut dilawati Musa (kiri) dan Faridah (dua kiri).
GERAI-GERAI menjual kuih-muih turut dilawati Musa (kiri) dan Faridah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia