Utusan Borneo (Sabah)

Empat termasuk wanita ketahui nasib 4 Ogos

Sebabkan kematian pemuda berumur 22 tahun

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki dan seorang wanita akan mengetahui nasib mereka pada 4 Ogos tahun ini, di Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan menyebabka­n kematian seorang pemuda berusia 22 tahun.

Hakim Indra Hj Ayub membuat keputusan itu terhadap Abraham Rahmon, 32, Nasir Omar, 33, Tannalin Monloh, 52, dan Husna Mangkabung, 39, selepas perbicaraa­n penuh.

Mereka dituduh secara bersama menyebabka­n kematian Ali Talani, pada 23 hingga 24 Mac tahun lalu antara jam 11 malam hingga jam 2 pagi, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang.

Ataspertud­uhanitu,mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam kini terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Dalam kes berasingan, Hakim Azreena Aziz mengarahka­n seorang lelaki yang didakwa melindungi dua lelaki imigran haram membela dirinya atas pertuduhan itu pada 14 Jun.

Mahkamah membuat perintahit­uterhadapB­arnabas Upai, 50, setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Tertuduh sebagai pemilik kenderaan dituduh melakukan kesalahan itu pada 29 September tahun lalu di pos kawalan Imigresen Sindumin, Sipitang.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 56 (1) (bb) akta sama, denda antara RM10,000 hingga RM50,000 untuk setiap imigran haram.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen.

“Mereka

dituduh secara bersama menyebabka­n kematian Ali Talani, pada 23 hingga 24 Mac tahun lalu antara jam 11 malam hingga jam 2 pagi, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang.”

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia