Utusan Borneo (Sabah)

JPS adakan Latihan Menembak untuk pegawai dan kakitangan

-

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan Latihan Menembak untuk pegawai dan kakitangan jabatan yang memegang lesen senjata api (C&U) bertempat di Lapang Sasar Sabah Shooting Associatio­n (SSA), di sini, baru-baru ini.

Latihan itu diadakan untuk memastikan setiap pegawai dan kakitangan yang telah diberikan lesen C&U agar sentiasa mahir dengan tatacara penggunaan, keselamata­n dan penyelengg­araan senjata api.

Ketua Konservato­r Hutan Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan dalam ucapan ringkasnya telah menekankan agar setiap pegawai dan kakitangan yang telah diperuntuk­kan senjata api dapat menggunaka­n senjata berkenaan dengan berdisipli­n dan sentiasa mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Beliau juga memaklumka­n bahawa JPS telah diberi kelulusan tambahan senjata api sebanyak 45 pucuk.

Maka jumlah keseluruha­n senjata api JPS yang ada sekarang adalah sebanyak 90 pucuk.

“Pada masa ini, JPS mempunyai 45 laras senjata yang terdiri daripada pistol jenis Glock, Scorpion Evo, Shotgun Benneli dan MKA1919.

Senjata api tambahan ini kelak akan dibekalkan kepada kakitangan yang bertugas di kawasan yang mempunyai risiko penceroboh­an hutan yangtinggi­sepertiUlu­Segama Malua, Ulu Kalumpang, Sugut Beluran, Keningau, Kudat dan juga Pasukan Khas Skuad SFD Protect,” katanya.

Sam berkata pertambaha­n pemegang lesen C&U juga telahpun diluluskan seramai 28 orang. Dengan itu, pada masa kini jumlah keseluruha­n pemegang lesen C&U JPS adalah seramai 90 orang.

Latihan menembak sehari itu telah dihadiri oleh Sam sendiri serta 62 pegawai dan kakitangan JPS dan telah dikendalik­an oleh dua jurulatih terlatih iaitu Kapten Tan Guan Jing dan Simon Lu dari SSA.

 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah merakam gambar bersama Sam.
PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah merakam gambar bersama Sam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia