Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki kenderaan curi, lelaki dipenjara 20 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengaku salah memiliki kenderaan curi dikenakan penjara 20 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Md Mazlan Md Ahmad dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, yang mana disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, minimum penjara enam bulan dan maksimum lima tahun atau dengan denda.

Tertuduh didapati memiliki sebuah Perodua Viva milik seorang lelaki, pada 6 Jun tahun ini jam 1.30 pagi di Kampung Kibabaig, Penampang.

Semasara rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringanka­n kerana memberikan kerjasama dengan pihak polis, disamping mempunyai isteri dan anak.

Tertuduh juga menyatakan hanya meminjam kenderaan berkenaan kerana mahu membeli alat ganti kereta.

Mahkamah memerintah­kan Md Mazlan yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dikenakan penjara 16 bulan oleh mahkamah atas kesalahan cuba mencuri peralatan audio kenderaan.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Syaidin Aloysius, 23, selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 8 Mei lalu di perkaranga­n sebuah rumah Jalan Saga, Likas, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, penjara antara setahun hingga tiga tahun setengah atau dengan denda.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama kira-kira jam 7.45 malam, pengadu menyedari pintu keretanya dalam keadaan terbuka.

Apabila berjalan mendekati kereta, beliau melihat seorang lelaki berada di dalam kenderaann­ya.

Ketika rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringanka­n dan menyatakan sudah menyesal atas kesalahan yang dilakukann­ya.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh hukuman.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp James Paran.

Sementara itu, seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam bangunan pra sekolah dikenakan penjara 12 bulan.

Sarizal Kamit dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu di dalam bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Darau Manggatal, di sini, pada 5 Jun tahun ini jam 7.47 pagi.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat laporan polis yang mengatakan ketika sampai di tempat kerja, beliau mendapati seseorang sedang tidur.

Tertuduh yang ditangkap pada hari sama mengaku menceroboh bangunan itu dengan niat mencuri.

Semasa rayuan, Sarizal yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana mempunyai seorang isteri dan tiga anak sedang menunggu di rumah.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia