Utusan Borneo (Sabah)

Wanita kena 10 bulan cari pelanggan bagi maksud pelacuran

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang mencari pelanggan bagi maksud pelacuran, dikenakan penjara sepuluh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sweet Darlin Bastador, 25, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, didapati melakukan kesalahan itu pada 6 Jun lalu di sebuah hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum setahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Bertindak atas maklumat, satu serbuan dibuat oleh pengadu bersama pasukannya D7 dari Jabatan Siasatan Jenayah, di hotel berkenaan setelah menerima maklumat.

Sebuah bilik diserbu dan terdapat seorang lelaki, setelah disoal lelaki berkenaan mengaku menerima perkhidmat­an seks daripada tertuduh dengan bayaran sebanyak RM300.

Semasa rayuan, Sweet yang menangis di dalam kandang tertuduh memohon hukumannya diringanka­n.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan atas kesalahan memasuki negara ini tanpa permit yang sah, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, lima lagi lelaki masing-masing didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tujuh hari atas kesalahan bermain judi haram.

Jonathan Chung Chee Khen, Mohd Jabide, Mahadi Hermanto Shukor, Nordin Nasib dan Mohd Asmawi Kassim dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah.

Mereka didapati bermain judi bola jalan pada 17 Februari tahun ini jam 12.50 pagi di sebuah premis, Taman Jumbo, Petagas.

Untuk itu, semua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia