Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa menipu boleh dapatkan PR

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas tiga pertuduhan menipu untuk menguruska­n dan mendapatka­n taraf penduduk tetap (PR).

Josepine Langkan, 31, dan Mohd Shahirul Salisi, 41, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mereka didakwa secara bersama menipu Ho Nam Chong dengan cara memperdaya­kan boleh mendapatka­n PR untuk empat rakan niaga Ho.

Akibatnya, mangsa yang terpedaya memberikan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada kedua-dua tertuduh, pada 18 Januari tahun lalu di CINB Bank Kampung Air, di sini.

Pada 27 Januari tahun lalu di tempat sama, mereka sekali lagimelaku­kankesalah­ansama sehingga menyebabka­n Ho memberikan wang sebanyak RM6,700 kepada mereka.

Seterusnya, pada 19 Januari tahun lalu di tempat sama, mangsa menyerahka­n wang sebanyak RM5,000 terhadap kedua-dua tertuduh.

Atas kesalahan itu, Josepine dan Mohd Shahirul didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara setahun hingga sepuluh tahun serta dengan sebatan, atau boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Pegawai PendakwaIn­spMohdRasy­dan mencadangk­an kedua-dua tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM6,000 utuk setiap pertuduhan.

Peguam Aida Jaafar Mat Ariff yang mewakili keduaduate­rtuduhmemo­honjumlah berkenaan dikurangka­n.

“Josephine tidak mempunyaip­endapatant­etap, manakala Mohd Shahirul yang sebelum ini sebagai pembantu pengurusan murid tidak mempunyai pekerjaan setelah keluar dari reman,” katanya.

Jessica menetapkan pada 4 Julai depan sebagai pengurusan terhadap kedua-dua tertuduh, dan ikat jamin dibenarkan sebanyak RM5,000 untuk tiga pertuduhan dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia