Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu jip maut, pemandu lori balak larikan diri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dipandunya disyaki dilanggar oleh sebuah lori balak.

Kemalangan maut di Batu 1 Jalan Kalabakan-Sapulut, di sini, kira-kira jam 10 malam Ahad itu juga menyaksika­n pemandu lori kayu balak terlibat melarikan diri selepas kejadian.

Dalam kemalangan itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dipandunya disyaki dilanggar oleh lori balak terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata identiti lelaki yang maut dikenali sebagai Dedy Daniel, 45, yang juga pemandu kenderaan pacuan empat roda terlibat.

“Dua lagi penumpang kenderaan terbabit, Rusinah Muaiba, 39, dan Henry Dedy Daniel, 8, mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini, kelmarin.

Katanya siasatan awal menunjukka­n kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu lori balak yang memasuki laluan bertentang­an untuk mengambil ruang memasuki simpang.

Berdasarka­n keterangan saksi kejadian, beliau berkata kemalangan itu melibatkan lori yang membawa muatan kayu balak dari arah bulatan Kalabakan ke pangkalan balak.

“Semasa hendak masuk ke simpang kiri, lori balak itu mengambil ruang dengan memasuki laluan bertentang­an sebelum terlanggar dengan sebuah jip,” katanya.

Menurut Fadil pertembung­an itu menyebabka­n kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentang­an itu dilanggar di bahagian tayar belakang sebelah kanan lori balak.

Beliau berkata kemalangan terbabit mengakibat­kan kenderaan pacuan empat roda itu terbabas ke bahu jalan dan menyebabka­n pemandunya meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori balak dilaporkan melarikan diri dan kedua-dua penumpang kenderaan pacuan empat itu sudah dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia