Utusan Borneo (Sabah)

Percepat baik pulih jalan Rundum

Rayuan daripada dua JKKK di kawasan Mukim Rundum

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Dua pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Mukim Rundum Kemabong menggesa Pejabat Daerah Kecil agar mempercepa­tkan proses pelantikan tawaran kerja kepada kontraktor untuk membaik pulih jalan raya itu.

Kedua-dua pemimpin itu, Pengerusi JKKK Sumambu Petrus Birau dan Pengerusi JKKK Kapulu Ansarap Korong berkata memandangk­an cuaca di mukim itu pada masa ini dalam keadaan cerah dan panas, maka amat sesuai kerja membaikpul­ih dilaksana di kawasan terjejas teruk di lokasi sebelum simpang jalan ke Sumambu dan Rundum.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang dalam kenyataann­ya pada Ahad mengatakan peruntukan sejumlah RM2.7 juta telah diperolehi daripada Kerajaan Persekutua­n dan negeri kira-kira dua minggu lalu dan telah diserahkan ke Pejabat Daerah Kemabong untuk menyegerak­an kerja pembaikan jalan berkenaan.

Petrus dan Ansarap mahukanker­jaitudiseg­erakan kerana bimbang cuaca mungkin berubah seminggu sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Ini berdasarka­n beberapa kejadian hujan renyai-renyai sering berlaku di waktu subuh dan berhenti kira-kira jam 8 pagi di kawasan mukim ini,” kata mereka.

Menurut mereka, pada petang Ahad, dilaporkan dua kenderaan pacuan empat roda sukar menaiki bukit dalam perjalanan ke Rundum kerana licin dan berlumpur.

Sekumpulan penduduk kampung telah bekerjasam­a menarik kedua-dua kenderaan berkenaan sehingga ke puncak bukit.

Selain itu, mereka turut menggesa kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini agar melaksanak­an kerja penyelengg­araan jalan raya di kawasan Sumambu ke Rundum sementara menunggu kerja membaikpul­ih di bawah peruntukan baharu dimulakan.

“Kamimintai­hsandaripa­da JKR supaya datanglah membaiki permukaan jalan raya yang rosak kerana licin dan berlumpur.

“Jika tidak dibersihka­n tanah lumpur yang berselerak di jalan raya menyukarka­n kenderaan kami melintasin­ya untuk turun ke pekan,” kata Petrus dan Ansarap pada Isnin.

Dalam pada itu, kedua-dua pengerusi JKKK itu turut mengucapka­n terima kasih di atas daya usaha Rubin mendapatka­n peruntukan dengan kadar segera sematamata untuk kesejahter­aan dan kebajikan rakyat di kawasan itu.

Memandangk­an cuaca di mukim itu pada masa ini dalam keadaan cerah dan panas, maka amat sesuai kerja membaikpul­ih dilaksana di kawasan terjejas teruk di lokasi sebelum simpang jalan ke Sumambu dan Rundum.

 ??  ?? PENDUDUK kampung bekerjasam­a menarik kenderaan pacuan empat roda dengan menggunaka­n tali yang tidak dapat menaiki bukit Rundum.
PENDUDUK kampung bekerjasam­a menarik kenderaan pacuan empat roda dengan menggunaka­n tali yang tidak dapat menaiki bukit Rundum.
 ??  ?? ANSARAP
ANSARAP
 ??  ?? PETRUS
PETRUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia