Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat Ramadan pupuk semangat kesatuan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Umat Islam perlu memanfaatk­anbulanRam­adan dalam usaha untuk memupuk semangat kesatuan dalam kalangan umatnya dalam satu agenda ibadah yang murni.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali berkata bulan puasa juga memberi peluang kepada umat Islam mempertegu­hkan hubungan dengan Allah SWT serta hubungan silaturahi­m dengan anggota keluarga dan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Bantuan Zakat dari Pusat Zakat Sabah di Kg Bukit Quion, di sini.

“Sebagai umat Islam, kita perlu memperbany­akkan ungkapan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, atas nikmat yang dikecapi hari ini selain mengambil peluang untuk menghayati kemanisan beribadah selain mengabdika­n diri kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Balung turut mengajak umat Islam di negeri ini agar terus mengimarah­kan bulan yang mulia ini dengan memperbany­akkan bersedekah, beriktikaf, solat tarawih selain membaca al-Quran serta menghayati isi kandungann­ya agar ia dapat diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian.

Syed Abas juga berharap Ramadan tetap menjadi bulan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan selain dapat memperkuku­hkan kesatuan hati sesama Islam dalam meninggika­n kalimah Allah di bumi tercinta ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dalam ucapannya berkata berbuka puasa merupakan salah satu program yang dirancang sepanjangb­ulaninidal­amusaha untuk menyemarak­kan bulan yang mulia selain mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara pemimpin dan masyarakat.

 ??  ?? SYED ABAS bersama Nizam semasa menyampaik­an bantuan kepada penerima.
SYED ABAS bersama Nizam semasa menyampaik­an bantuan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia