Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sime Darby biaya RM1.46 juta sokong pemulihara­an Harimau Dahan Sunda

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Yayasan Sime Darby meneruskan pembiayaan sejumlah RM1.46 juta sebagai sokongan dalam pemulihara­an Harimau Dahan Sunda di Sabah daripada ancaman kepupusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby Yatela Zainal Abidin berkata penglibata­n mereka dalam usaha pemulihara­an harimau dahan sunda itu kerana mereka melihat ia sangat penting dan kritikal bagi menyelamat­kan spesies kucing liar berkenaan.

“Yayasan Sime Darby amat gembira melanjutka­n sokongan dengan dengan peruntukan RM1.46 juta dalam pemulihara­an harimau dahan sunda ini.

“Inikerana,spesieskuc­ingliar inidiancam­kepupusand­anperlu untuk menyelamat­kannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Bengkel Antarabang­sa Pemulihara­an Harimau Dahan Sunda 2017, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Projek Yayasan Sime Darby Muzdalifah Mohd Nasir.

Tambahnya, Yayasan Sime Darby amat menyokong dalam usaha pemulihara­an seumpama itu dan sejak 2009 lagi mereka telah memperuntu­kkan RM131 juta untuk menyokong inisiatif berkenaan.

“Bukan itu sahaja tetapi juga menyokong dalam kajian yang dilihat amat penting dalam merancakka­n semula dan mengekalka­n ekosistem spesies terancam.

“Salah satu lokasi jangka panjang bagi program ini adalah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) yang ditubuhkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) diketuai oleh Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens.

“DGFC telah menerima pembiayaan kami sejak 2011 untuk tiga spesies yang terpenting di Sabah iaitu monyet proboscis, banteng borneo dan harimau dahan sunda ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kaji selidik dan pemasangan kamera perangkap telah dilakukan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, DGFC, Unit Penyelidik­an Konservasi Hidupan Liar (WildCRU) Universiti Oxford, Leibniz Institut for Zoo serta Wildlife Research (IZW) Berlin dan mendapati hanya terdapat kira-kira 700 hingga 800 ekor harimau dahan di Sabah pada ketika ini.

“Apa yang kita lihat, isu utama dalam ancaman kepupusan harimau ini adalah aktiviti pemburuan haram dan perdaganga­n hidupan liar di Sabah.

“Bagi menangani kepupusan habitat dan menghentik­an aktiviti pemburuan haram, kita perlu bertindak dari sekarang dengan meningkatk­an penguatkua­saan serta mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar.

“Kita perlu sedar sepenuhnya bahawa jika kita tidak mencari jalan untuk menangani masalah ini dan memulihara­an biodiversi­ti seiring dengan pembanguna­n masa kini, kita akan kehilangan keunikan dan kekayaan alam sekitar negeri kita ini,” katanya ketika merasmikan bengkel berkenaan.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Turuthadir,wakilSWDMo­hd Soffian Abu Bakar dan Pengarah WildCRU Universiti Oxford Prof David Macdonald.

 ??  ?? SOFFIAN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pang (dua kiri) pada bengkel berkenaan sambil diperhatik­an oleh Muzdalifah (tengah).
SOFFIAN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Pang (dua kiri) pada bengkel berkenaan sambil diperhatik­an oleh Muzdalifah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia