Utusan Borneo (Sabah)

Membangun daya saing Sabah

Warisan Harta Sabah proaktif manfaatkan bantuan kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Warisan Harta Sabah terus proaktif dalam meningkatk­an keupayaan agar bantuan yang disediakan kerajaan negeri dapat dimanfaatk­an sebaiknya.

Pengerusi Warisan Harta Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata kesediaan untuk mengubah sikap dan paradigmam­enjadikeut­amaan bagi Warisan Harta Sabah.

Menurutnya objektif syarikat adalah untuk membangunk­an negeri Sabah agar berdaya tahan dan berdaya saing.

“Tahun lepas, Kumpulan WarisanHar­taSabahber­upaya mencatatka­n prestasi kewangan yang baik.

“Justeru, prestasi ini kita zahirkan melalui pemberian zakat perniagaan/korporat berjumlah RM1.48 juta.

“Jumlah terkumpul ini turut melibatkan sumbangan dari Celcom Timur Sdn Bhd dan Angkatan Hebat Sdn Bhd,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata demikian pada majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Bantuan Kepada Rumah Anak-Anak Yatim AsSakinah, di sini, Isnin lepas.

Sempena majlis itu, Warisan Harta Sabah menyampaik­an zakat berjumlah RM483,685, Celcom Timur Sdn Bhd berjumlah RM944,530 dan Angkatan Hebat Sdn Bhd berjumlah RM54,600.

Ramlee berkata peningkata­n jumlah sumbangan zakat keseluruha­n tahun ini membuktika­n Kumpulan Warisan Harta Sabah bertungkus-lumus untuk maju sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Selain itu, pihaknya juga berjaya menyumbang­kan dividen interim sebanyak RM5 juta pada 2016.

Pencapaian berkenaan jelasnya, sebagai komitmen syarikat untuk kerajaan negeri yang juga satu-satunya pemegang saham.

Pada majlis itu juga, Warisan Harta Sabah menyampaik­an sumbangan duit raya kepada penghuni Rumah Anak Yatim As-Sakinah Papar.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Warisan Harta Sabah Sdn Bhd Datuk Abu Bakar Abas; Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Junaidi Jumahad; dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah (PZS) Zaratkhan Abdul Rahman.

Tahun lepas, Kumpulan Wari“san Harta Sabah berupaya mencatatka­n prestasi kewangan yang baik. DATUK RAMLEE MARAHABAN Pengerusi Warisan Harta Sabah

 ??  ?? RAMLEE (kanan) menyampaik­an replika cek zakat perniagaan kepada Junaidi (kiri) pada majlis itu.
RAMLEE (kanan) menyampaik­an replika cek zakat perniagaan kepada Junaidi (kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia