Utusan Borneo (Sabah)

Cukai pelanconga­n boleh jejas industri pelanconga­n Sarawak

-

MIRI: Kerajaan Persekutua­n harus mempertimb­angkan untuk mengkaji semula keputusan melaksanak­an cukai pelanconga­n bermula 1 Julai kerana ia boleh menjejaska­n ketibaan pelancong di Sarawak.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotelhotel Malaysia (Cawangan Sarawak) John Teo Peng Yew berkata tambang perjalanan ke Sarawak sudahpun mahal berbanding destinasi pelanconga­n yang lain seperti Bali, Hong Kong dan Taiwan, dengan pelancong perlu membayar RM1,145 untuk sehala atau RM2,000 untuk tiket penerbanga­n pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Sibu.

“Tetapi seseorang boleh menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan kembali dengan hanya RM409, dan ini menjadikan sukar untuk mempromosi Sarawak disebabkan tambang yang tinggi,” kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata masalah kesalinghu­bungan bagi Sarawak, terutama tambang udara harus diselesaik­an dahului sebelum kerajaan persekutua­n memutuskan untuk meneruskan pelaksanaa­n cukai pelanconga­n.

Teo berkata selain menjejaska­n ketibaan pelancong, cukai pelanconga­n boleh memberi kesan buruk ke atas pengusaha hotel berlesen kerana kebanyakan pelancong dijangka tinggal di motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen di Sarawak untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Ada banyak (motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen) yang beroperasi di Sarawak, hanya membayar kadar kediaman untuk utiliti.

Bagi hotel-hotel berlesen, Teo berkata pengusaha perlu membayar pelbagai bayaran kawal selia yang menyebabka­n peningkata­n kos operasi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmat­an, upah minimum dan bil utiliti.

Beliau berkata ini cukai pelanconga­n akan menjadi beban kewangan tambahan untuk tetamu rakyat tempatan berbanding tetamu warga asing kerana majoriti tetamu hotel di Sarawak ialah dari negara ini dan bukan dari negara asing.

Untuk Bandar Miri, beliau berkata kemerosota­n harga minyak sejak 2015 telah menjejaska­n kadar penginapan hotel dengan kadar penginapan hotel di Miri sebelum ini sentiasa berada melebihi 73 peratus tetapi untuk tahun ini, sehingga Mac, purata kadar penginapan telah menurun 42 peratus. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia