Utusan Borneo (Sabah)

Perlu ada mekanisme agihan hasil kutip cukai pelanconga­n

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan persekutua­n perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai pelanconga­n kepada semua negeri agar kutipan itu boleh digunakan bagi merancakka­n lagi usaha promosi dan pemasaran industri pelanconga­n negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata pelaksanaa­n kutipan cukai itu dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu melonjakka­n lagi industri pelanconga­n.

“Saya berpandang­an kutipan ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut telah melaksanak­an cukai sebegini.

Bagaimanap­un, pengagihan hasil kutipan cukai ini perlulah adil mengikut bilangan hotel atau premis penginapan yang terdapat di negeri masingmasi­ng, katanya kepada pemberita pada majlis berbuaka puasa bersama media di sini, Isnin.

Setakat Februari lepas, Johor mempunyai 102 hotel bertaraf bintang yang mempunyai 10,971 bilik dengan 11 lagi hotel bertaraf antarabang­sa sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2019.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang UndangUnda­ngCukaiPel­ancongan20­17 diluluskan yang melihat antara lain membenarka­n pelaksanaa­n kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Pelaksanaa­n cukai berkenaan akan dilaksanak­an pada 1 Julai ini.

Sementara itu, Tee yakin penerbanga­n terus ke Johor akan meningkat ekoran beberapa destinasi baharu yang kini dalam perbincang­an.

“Antara negara yang dalam perbincang­an termasuk Korea Selatan, India dan Jepun. Kita jangka perbincang­an akan dimuktamad­kan dalam masa terdekat ini,” kata Tee.

Buat masa ini, terdapat 15 penerbanga­n terus ke Johor, yang mana tujuh dari luar negara manakala lapan lagi dalam negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia