Utusan Borneo (Sabah)

Kertas siasatan buli dan pukul remaja hingga cedera parah hampir siap

-

GEORGE TOWN: Kertas siasatan berhubung kes seorang remaja dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan remaja lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu lepas, hampir siap, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ,ACP Anuar Omar.

Beliau berkata sehingga kini polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu termasuk doktor yang merawat mangsa.

“Reman terhadap lima remaja berusia 17 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu tamat hari ini dan kami telah mendapatka­n perintah sambung reman iaitu sehari bagi dua pelajar tingkatan lima manakala tiga rakan mereka sehingga Jumaat ini.

“Polis akan lengkapkan siasatan dengan merekodkan beberapa lagi keterangan saksi dalam tempoh terdekat sebelum kami serahkan kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera parah diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun sempat melarikan diri untuk meminta pertolonga­n.

Anuar berkata mangsa masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan doktor mengesahka­n mangsa mati otak.

“Doktor memaklumka­n kesan kecederaan pada dubur mangsa adalah kerana dimasukkan objek tumpul seperti kayu atau botol dan kesan terbakar di belakang badan disebabkan dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.

Beliau turut meminta keluarga mangsa membuat laporan polis jika diugut oleh suspek yang ditahan atau keluarga mereka seperti didakwa keluarga remaja lelaki berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia