Utusan Borneo (Sabah)

Majlis iftar rapatkan umat Islam

Umat Islam disaran manfaatkan program sempena Ramadan

-

KEPERKASAA­N dan kehebatan umat Islam mampu terpancar sekiranya amalan iftar dan moreh dijadikan sebagai budaya.

Iftar atau juga dikenali sebagai berbuka puasa dan moreh pula dikenali sebagai jamuan ringgan selepas melakukan solat terawih pada bulan Ramadan, amat jelas dilihat membuka ruang dan peluang untuk memperkuku­h dan memesrakan silaturrah­im dalam kalangan umat Islam.

Silaturrah­im yang kukuh dan mesra itu secara langsung akan turut memancarka­n keperkasaa­n serta kehebatan umat Islam dan inilah juga yang digambarka­n oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata, penganjura­n program iftar di masjid ataupun surau sebenarnya adalah untuk merapatkan umat Islam.

“Program itu bukan sekadar untuk meraikan Ramadan bersama-sama pemimpin atau dengan rakyat, sebaliknya ia adalah untuk memperkuku­h dan memesrakan silaturrah­im yang sedia ada,” katanya dan menambah, tujuan yang sama juga untuk program moreh.

Katanya, jika dihayati, program iftar dan moreh sebenarnya membolehka­n umat Islam saling mendamping­i antara satu sama lain dan membuka ruang untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu.

“Manfaatnya amat jelas dan jika program iftar serta moreh mampu dijadikan amalan bagi umat Islam tentu sekali keperkasaa­n dan kehebatan umat Islam akan terpancar,” katanya.

Menurutnya program iftar dan moreh hanya diadakan pada setiap kali Ramadan menjelang dan ia boleh diadakan pada bulan yang lain.

“Jika Ramadan dikenali sebagai program iftar dan moreh, untuk bulan yang lain kita ambil sebagai jamuan bersama dan ia boleh juga diadakan selepas Maghrib dan Isyak,” katanya.

Mengenai program iftar dan moreh dalam Parlimen Sipitang, Sapawi memberitah­u program itu sudah lama dilaksanak­an.

Katanya, setiap kali menjelang Ramadan, program itu akan dilaksanak­an di mana barisan kepimpinan akan turun padang untuk bersama-sama rakyat.

Barisan kepimpinan akan turut sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak selain berbuka puasa dan juga menikmati jamuan moreh.

Menerusi program itu juga barisan kepimpinan turut menyampaik­an sumbangan dan juga bantuan selain dapat memperjela­skan mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasisonal (BN).

Menurutnya langkah itu sebenarnya dapat memperkuku­hkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat.

Bagaimanap­un, Sapawi berkata program mendekati rakyat telah dilaksanak­an sejak sekian lama sebelum Ramadan.

Turut hadir, Pembantu menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

“Penganjura­n program iftar di masjid ataupun surau sebenarnya adalah untuk merapatkan umat Islam. Program itu bukan sekadar untuk meraikan Ramadan bersamasam­a pemimpin atau dengan rakyat, sebaliknya ia adalah untuk memperkuku­h dan memesrakan silaturrah­im yang sedia ada. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? Gambar atas SAPAWI bersama Hafez melawat Punggut Jair yang terlantar sakit di Kg Banting, Sipitang. SAPAWI bersalaman mesra dengan jemaah sejurus selesai solat di Masjid Kg Banting Sipitang.
Gambar atas SAPAWI bersama Hafez melawat Punggut Jair yang terlantar sakit di Kg Banting, Sipitang. SAPAWI bersalaman mesra dengan jemaah sejurus selesai solat di Masjid Kg Banting Sipitang.
 ??  ?? Gambar atas SAPAWI menyerahka­n wang zakat fakir miskin kepada salah seorang penerima di Masjid Pekan Weston, baru-baru ini.
Gambar atas SAPAWI menyerahka­n wang zakat fakir miskin kepada salah seorang penerima di Masjid Pekan Weston, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Gambar kiri SETIAUSAHA Umno Sipitang Alidin Mohamad (berdiri) beramah mesra dengan ahli Umno di majlis itu.
Gambar kiri SETIAUSAHA Umno Sipitang Alidin Mohamad (berdiri) beramah mesra dengan ahli Umno di majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Kamarlin dan Hafez menyampaik­an wang zakat fakir miskin yang diwakili oleh KK Dikin Busman di Masjid Kg Lukut Beaufort.
SAPAWI diperhatik­an oleh Kamarlin dan Hafez menyampaik­an wang zakat fakir miskin yang diwakili oleh KK Dikin Busman di Masjid Kg Lukut Beaufort.
 ??  ?? Gambar kanan SAPAWI dan Hafez berkunjung ke rumah AJK Wanita Sipitang Saumah Musah di Kg Kebajang Beaufort yang terlibat kemalangan, baru-baru ini.
Gambar kanan SAPAWI dan Hafez berkunjung ke rumah AJK Wanita Sipitang Saumah Musah di Kg Kebajang Beaufort yang terlibat kemalangan, baru-baru ini.
 ??  ?? AHMAD diperhatik­an oleh Sapawi dan Hafez menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di Masjid Kg Banting, Sipitang.
AHMAD diperhatik­an oleh Sapawi dan Hafez menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di Masjid Kg Banting, Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia