Utusan Borneo (Sabah)

Cleoiona dimahkota Randawi Lundu Pesta Monguyas Torutip

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA MARUDU: Cleoiona Johanis telah dimahkotak­an sebagai Randawi Lundu (Unduk Ngadau) selepas menewaskan 12 peserta lain pada Pesta Monguyas Torutip (Pesta Kaamatan) peringkat Kampung Minansad yang diadakan di Astaka Terbuka Walai Koubasanan Tobilung di sini, pada Ahad.

Naib johan disandang oleh Serin Armatia sementara tempat ketiga Evanatie Sannie. Pemenang keempat hingga ketujuh terdiri Edna Emboragang, Erliana Sairley, Eryanie Elvera dan Crystal Cheng.

Sementara itu, Shirley Anne Michael telah dipilih sebagai peserta paling popular.

Pesta itu menyaksika­n pelbagai acara menarik antaranya Pialaan Soguanggo (Bintang Kaamatan), ratu fesyen kanak-kanak serta acara kesenian dan kebudayaan yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Arnold Joibi.

Arlon Milon muncul johan dalam Pialaan Soguanggo (Bintang Kaamatan), naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Rayner Batahong dan Benedict Latip. Benedict juga dipilih sebagai penyanyi popular.

Pada pesta itu, turut diadakan penyampaia­n Anugerah Penduduk Kampung oleh JKKK Minansad.

Mereka yang menerima anugerah terdiri Jaiping Minsu (Anugerah Kemasyarak­atan dan Sosial), Denson Saidi (Anugerah Pendidikan), Esther Minsu (Anugerah Ekonomi dan Perniagaan), Ammy Sylvia Justin (Anugerah Kesenian), Adrinjoe Nasip (Anugerah Kebudayaan) danKKMangi­rusLumidan­g (Anugerah Adat Istiadat).

Hadir sama pada majlis itu ialahPenga­rahKastamS­abah Dato Dr Janathan Kandok, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu Datuk George Sangkin, Timbalan Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (Tobisa) Jaiping Minsu dan Pengerusi Penganjur Janes Kansirong.

 ??  ?? (Gambar atas) PARA peserta akhir Randawi Lundu Pesta Monguyas Torutip peringkat Kg Minansad Kota Marudu. (Gambar kanan) JANES (kanan) menyampaik­an hadiah kepada johan Pialaan Soguanggo, Arlon Milon.
(Gambar atas) PARA peserta akhir Randawi Lundu Pesta Monguyas Torutip peringkat Kg Minansad Kota Marudu. (Gambar kanan) JANES (kanan) menyampaik­an hadiah kepada johan Pialaan Soguanggo, Arlon Milon.
 ??  ?? ARNOLD (empat kiri) bersama Janes (empat kanan) melakukan gimik perasmian Pesta Monguyas TorutipPer­ingkatKamp­ung Minansad Kota Marudu.
ARNOLD (empat kiri) bersama Janes (empat kanan) melakukan gimik perasmian Pesta Monguyas TorutipPer­ingkatKamp­ung Minansad Kota Marudu.
 ??  ?? CLEOIONA (duduk, tengah) diapit oleh Serin (kiri) dan Evanatie (kanan) serta peserta lain.
CLEOIONA (duduk, tengah) diapit oleh Serin (kiri) dan Evanatie (kanan) serta peserta lain.
 ??  ??
 ??  ?? ARNOLD (empat kiri) menyampaik­an anugerah kepada Jaiping. Turut kelihatan Janathan (tiga kiri) dan Janes (empat kanan).
ARNOLD (empat kiri) menyampaik­an anugerah kepada Jaiping. Turut kelihatan Janathan (tiga kiri) dan Janes (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia