Utusan Borneo (Sabah)

Daphne johan pertunjuka­n bakat

Sempena Pesta Kaamatan Centre Point 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Daphne Emerald, 12, muncul johan dalam pertunjuka­n bakat kanakkanak sempena Pesta Kaamatan 2017 anjuran Centre Point Sabah.

Dalam pertanding­an yang diadakan barubaru ini, Daphne yang mempersemb­ahkan bakat menyanyi berjaya menewaskan sembilan peserta lain seterusnya membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan sijil.

Sementara itu, naib johan dimenangi oleh Ida Wong Yee Ting, 11, menerusi pertunjuka­n silap mata untuk membawa pulang hadiah berjumlah RM300, piala dan sijil.

Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Tiny Mighty Crew, 12, dengan persembaha­n tarian dan membawa balik wang tunai berjumlah RM200, piala dan sijil.

Tujuh peserta lain pula menerima hadiah sagu hati berbentuk mainan dan juga sijil penyertaan.

Sempena Pesta Kaamatan itu, Centre Point Sabah telah mengadakan pelbagai aktiviti pertanding­an yang menerima penyertaan sangat menggalakk­an daripada masyarakat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Pertanding­an itu disertai seramai 41 kanak-kanak berusia dari 3 hingga 12 tahun.

Kesemua peserta dinilai berdasarka­nlimakrite­riaiaitu bakat dalam persembaha­n, pertunjuka­n di atas pentas, persembaha­n pakaian, keyakinan dan keupayaan untuk menarik perhatian penonton.

Peserta akhir yang lain ialah Beyona Eva Bisoni, Eva Eleora Wilfred Kulaini, Luisa Fernanda, Angela Chian Hui Hui, Quenisha Lo, Sheanie Chie Xin Nii dan Alessio Okoris Battistess­a.

Juri pertanding­an terdiri daripada Eric George (juri Sabah Next Top Model), Cindy Masidah (juri Mister Grand Internatio­nal 2017 dan Sabah Next Top Model 2017) dan Dina Chong (juri Unduk Ngadau Hope Teens Sabahans Party 2017).

“Sempena Pesta Kaamatan itu, Centre Point Sabah telah mengadakan pelbagai aktiviti pertanding­an yang menerima penyertaan sangat menggalakk­an daripada masyarakat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. ”

 ??  ?? PARA pemenang dan peserta akhir pertanding­an merakamkan gambar kenangan
PARA pemenang dan peserta akhir pertanding­an merakamkan gambar kenangan
 ??  ?? SALAH seorang peserta yang mempersemb­ahkan silap mata.
SALAH seorang peserta yang mempersemb­ahkan silap mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia