Utusan Borneo (Sabah)

Produk utama Edu-Pelanconga­n

Pelajar UiTM Sabah ke Gunung Noppunguk Lituk

- Oleh ALFRED PETRUS

SEBANYAK 22 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawanan Sabah mengadakan lawatan ke Kampung Sayap Kota Belud, barubaru ini.

Lawatan itu adalah bagi merasakan sendiri produk utama yang terdapat di tempat berkenaan kepada peserta terlibat.

Dalam pada itu, pelajar diberi tugasan menghasilk­an kertas kerja bagi silibus pembelajar­an Pengurusan Pemasaran Pelanconga­n.

Salah satu keutamaann­ya adalah untuk membuat tinjauan potensi produk pelanconga­n Kampung Sayap iaitu Gunung Noppunguk Lituk yang mana tingginya mencecah 4,145 kaki dari paras laut dijadikan sebagai EduPelanco­ngan.

Lawatan yang dijalankan itu juga adalah sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu penduduk Kampung Sayap memasar atau memperkena­lkan produk pelanconga­n mereka.

Selain itu, pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n UiTM Sabah turut mengadakan Program Anti-Kutu Sampah yang disertai oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sayap dan belia Kampung Sayap.

Dalam masa yang sama, program mempromosi Membina Destinasi Anak Bangsa (MDAB) juga dijalankan oleh peserta.

Program sampingan berkenaan adalah untuk membantu anak-anak bumiputera yang tidak mendapat merit yang cukup untuk memyambung pelajaran mereka kepada pendidikan yang tinggi di UiTM.

Sementara itu, pada hari kedua program, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n berpeluang untuk menyertai aktiviti mendaki serta merentas hutan yang diketuai oleh pemandu pelancong tempatan dan persatuan Focus Group Hiking Trail (FGHT) yang dibarisi oleh belia Kampung Sayap.

Proses mendaki bermula seawal jam 7.30 pagi di Porohon Garden di mana para pelajar berpeluang melihat pemandanga­n Gunung Kinabalu dari puncak Gunung Noppunguk Lituk.

Selain itu, pelajar juga dapat melihat keindahan air terjun yang berada di kaki Gunung Noppunguk Lituk.

Turut menyertai program berkenaan ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconan UiTM Sabah Boyd Sun Fatt.

“Lawatan

yang dijalankan itu juga adalah sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu penduduk Kampung Sayap memasar atau memperkena­lkan produk pelanconga­n mereka. ”

 ??  ?? GAMBAR kenangan peserta program dan beberapa kanak-kanak kampung berkenaan.
GAMBAR kenangan peserta program dan beberapa kanak-kanak kampung berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia