Utusan Borneo (Sabah)

PSS anjur Jelajah Ramadan di Pulau Gaya

-

Siswazah Sabah (PSS) menganjurk­an program Jelajah Ramadan siri ke-9 di Kampung Pulau Gaya Lobong dan Kampung Pulau Gaya Asal, Pulau Gaya, di Kota Kinabalu.

Rombongan seramai 25 orang yang turut disertai Nursam Mohammad selaku pengarah program itu bertolak ke Pulau Gaya sekitar jam 9 pagi dari dua jeti berasingan bermula dari Jeti Sembulan dan Jeti Kota Kinabalu.

Program yang turut disertai oleh Presiden PSS Hasmadi Hasbi bertujuan menyalurka­n sumbangan kepada asnaf dan golongan yang layak dan merasai sendiri suasana kehidupan di kampung terlibat yang majoriti pendudukny­a berbangsa Bajau Ubian dan bekerja sebagai nelayan kebanyakan penduduk.

Menurut anak salah seorang penerima sumbangan, Jurah Sayari, antara masalah terbesar mereka di situ dalam menjalani kehidupan harian adalah bekalan air bersih yang terhad.

“Kami terpaksa membeli air pada harga RM5 satu tong dan hanya mampu bertahan sehari dua,” katanya.

Ketua Kampung Nawawi Aripin menyaranka­n agar aktiviti itu dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan diperbanya­kkan lagi program kemasyarak­atan seperti ceramah dan motivasi khususnya kepada golongan remaja dan belia.

Beliau juga menyuaraka­n jika ada peruntukan sumbangan untuk membaiki sedikit keadaan jambatan laluan pejalan kaki dan membaiki beberapa masjid yang semakin usang.

Pada program itu, mereka mengagihka­n keperluan asas seperti beras, tepung, gula, susu, minyak, sardin dan teh kepada asnaf atau penerima yang layak di kampung itu.

Jelajah Ramadan itu juga berlangsun­g di beberapa daerah lain dibantu oleh PSS cawangan penaja lain seperti Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Putatan, Penampang, Sandakan, Keningau dan Semporna.

 ??  ?? PENYERAHAN al-Quran dan buku Surah Yasin untuk Masjid Pulau Gaya.
PENYERAHAN al-Quran dan buku Surah Yasin untuk Masjid Pulau Gaya.
 ??  ?? PENYERAHAN cenderahat­i kepada wakil Sazarice Sdn Bhd Jerry Thomas.
PENYERAHAN cenderahat­i kepada wakil Sazarice Sdn Bhd Jerry Thomas.
 ??  ?? SESI fotografi sukarelawa­n bersama Nawawi.
SESI fotografi sukarelawa­n bersama Nawawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia