Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal DPLI Kadazandus­un ganti penutupan IPG Keningau

- Oleh HENRY BATING

Pendidikan Malaysia diminta memperkena­lkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bahasa Kadazandus­un di manamana universiti bagi menampung kekurangan graduan pendidikan bahasa itu berikutan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau.

Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony (gambar) berkata penutupan IPG Keningau turut mengakhiri penawaran pengajian bahasa Kadazandus­un di IPG itu sedangkan terdapat banyak sekolah di negeri ini tidak dapat menawarkan subjek berkenaan sebagai pilihan pelajar disebabkan ketiadaan guru terlatih.

“Pewujudan program pengajian DPLI merupakan jawapan terbaik bagi menambah bilangan guru terlatih bahasa Kadazandus­un di mana terdapat ramai graduan berminat menjadi guru khasnya dalam pengkhusus­an bahasa Kadazandus­un tapi tidak mempunyai ruang untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau yang juga naib presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) menegaskan kalangan graduan itu perlu ditempatka­n di sekolahsek­olah kawasan etnik Kadazandus­un bagi memastikan kelangsung­an bahasa dan budaya warisan dalan kalangan penduduk pribumi Sabah.

Sementara itu, Peter turut mengusulka­n agar program latihan guru prasekolah bahasa-bahasa etnik Sabah diperkenal­kan bagi menambah bilangan guru terlatih di pelbagai tadika etnik yang dikendalik­an badan-badan etnik berkaitan.

Menurut beliau pihaknya sudah menyiapkan kertas cadangan mengenai program pelatihan itu untuk dikemukaka­n kepada kerajaan, baik kerajaan yang ada sekarang mahupun kepada kementeria­n pendidikan Sabah yang bakal diwujudkan mengikut manifesto Parti Warisan.

“Kita menerima banyak hujah daripada pelbagai pihak mengenai kesedihan mereka tentang penutupan IPG Keningau terutama sekali pengakhira­n pengajian bahasa Kadazandus­un yang baharu memasuki tahun kedua pengambila­n pelatih,” katanya.

Beliau memaklumka­n pihaknya mempunyai maklumat mengenai sekolah-sekolah tadika etnik di Sabah di mana tadika berkenaan memerlukan tenaga tambahan guru terlatih.

Menurutnya terdapat pelbagai tadika etnik di negeri ini antara lain Tadika Ceria Kadazandus­un Tiong Monggis di Tenghilan, Tadika Etnik Bajau, Iranun dan Tobilung di Kota Belud, Tadika Kimaragang di Tandek dan Tadika Rungus di Matunggong.

Peter berharap kewujudan tadika-tadika etnik itu dapat diperluask­an lagi ke pelbagai daerah di Sabah seperti di pantai timur dan pedalaman termasuk Tadika Murut di Tenom, Keningau dan Pensiangan.

“Kewujudan pelbagai tadika etnik tidak boleh dibiarkan bergerak sendirian tanpa sokongan dan dukungan kerajaan, apa lagi kalau sokongan itu melibatkan penyediaan guru-guru terlatih, bahan pengajaran dan pembinaan bangunan,” katanya.

Beliau yakin rumusan proposal Warisan mengenai pewujudan kementeria­n pendidikan Sabah sudah mengambil kira keperluan pelatihan guru-guru bahasa Kadazandus­un dan guru prasekolah pelbagai etnik di Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia