Utusan Borneo (Sabah)

Bakti@KK tanda keprihatin­an KKBS

-

PROGRAM Bakti @ KK 2.0 Tahun 2017 telah diadakan di Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) pada Jumaat lepas sebagai tanda keprihatin­an kolej terhadap komuniti setempat.

Dengan slogan ‘You hand two hands, one to help yourself, the second to

help others’, program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Beaufort dan Pusat Zakat Beaufort.

Pengarah Kolej Komuniti Beaufort Mejar Bersekutu (PA) Muhammad Sani Che Idris berkata program bertujuan mengimarah­kan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian dan kesukarela­wan, di samping mengeratka­n hubungan di antara warga kolej dan komuniti setempat.

Menurutnya aktiviti yang telah diadakan termasukla­h khatam al-Quran, gotong royong menyediaka­n bubur lambuk untuk komuniti serta penyampaia­n sumbangan kepada komuniti dan pelajar yang memerlukan.

“Program sebegini membuktika­n bahawa kami di pihak Kolej Komuniti sangat prihatin terhadap komuniti setempat. Selain menawarkan pengajian sepanjang hayat, kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Apa yang kami ada, sedikit sebanyak akan disumbangk­an kepada masyarakat khususnya di Beaufort,” katanya.

Program itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Beaufort Haji Mohd Shaid Haji Othman yang mewakili Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah AzizahMohd Dun.

Dalam majlis itu, seramai 73 orang yang terdiri daripada masayaraka­t setempat dan pelajar Kolej Komuniti Negeri Sabah menerima sumbangan berbentuk wang tunai serta hamper makanan dan barang keperluan asas.

Muhammad Sani mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu dan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringanka­n beban keluarga penerima.

 ??  ?? MOHD Shaid menyampaik­an sumbangan kepada pelajar yang terpilih.
MOHD Shaid menyampaik­an sumbangan kepada pelajar yang terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia