Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan lambang perpaduan

Penduduk Kg Mininsalu tonjol kebudayaan Dusun Tuhawon

-

PENDUDUK Kampung Mininsalu, kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau, yang mempunyai jumlah penduduk lebih 300 orang, turut tidak ketinggala­n menyambut perayaan Tadau Kaamatan 2017, walaupun bulan Mei sudah berlalu.

Kampung Mininsalu yang kebanyakan pendudukny­a dari suku kaum Dusun Tuhawon mengadakan sambutan Tadau kaamatan di balairaya kampung itu, baru-baru ini, dalam suasana senderhana tetapi meriah dan diadakan dengan penuh kesyukuran. Sambutan itu diadakan dengan tema ‘Pisaan Om

Piuludan’ yang membawa maksud kesatuan dan perpaduan.

Tema itu menggambar­kan harapan tinggi Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Tadau Kaamatan Kuiky Gimbur yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Mininsalu.

Beliau mahu para penduduk kampung terus bersatu hati dan mengekalka­n perpaduan demi manfaat bersama.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen menyempurn­akan majlis perasmian Tadau Kaamatan itu bagi mewakili Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Berucap pada majlis itu, beliau menegaskan bahawa perpaduan adalah lambang keamanan, keharmonia­n masyarakat dan kestabilan ekonomi demi kemajuan negara yang berterusan.

“Masyarakat seharusnya terus mendukung keamanan yang dipelopori kerajaan, sudah terbukti bahawa kerajaan selama ini telah berjaya menjaga keamanan dan kemakmuran negara dengan cemerlang walaupun diuji dengan cabaran serta dugaan yang berat,” katanya.

Dengan itu katanya, penduduk kampung atau masyarakat keseluruha­nnya terus menyokong barisan kepimpinan yang ada bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n yang teratur dan berterusan.

Katanya semua pihak perlu memberi sokongan padu dan meningkatk­an undi majoriti pada pilihan raya akan datang kepada para pemimpin tempatan di Ranau yang berwibawa iaitu Datuk Dr Ewon Ebin (Ahli Parlimen) dan gandingan mantap tiga Adun di Parlimen Ranau iaitu Datuk Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Siringan Gubat (Paginatan) dan juga Datuk Joachim Gunsalam (Kundasang). Mengenai sambutan Tadau Kaamatan di kampung itu, walaupun acara itu dilangsung­kan dalam banguan balairaya yang sederhana, tetapi sambutanny­a cukup meriah dan bermakna dalam konteks mensyukuri keberhasil­an pelbagai jenis tanaman pada tahun ini, khasnya tanaman padi yang diusahakan oleh kebanyakan penduduk.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian tradisiona­l serta persembaha­n nyanyian oleh Kelab Belia Kampung Mininsalu, Ranau.

Pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur untuk memeriahka­n lagi sambutan Tadau Kaamatan pada tahun ini termasukla­h pertanding­an bercerita dalam Bahasa Dusun, pertanding­an bina badan, ratu comel kanakkanak, ‘passing parcell’ dan sebagainya.

Antara yang turut hadir memeriahka­n sambutan Tawau Kaamatan itu ialah wakil DUN Karanaan Micheal Yahya Dunggi, Ketua Kampung Saimin Gamit, Pegawai Jasa Ranau Maipul Kerangkas, Pengerusi JKKK Lohan Ulu Mohd Yusuf Mohd Kahar dan Ahli Pemuda Upko Ranau Hisham Linus.

“Masyarakat

seharusnya terus mendukung keamanan yang dipelopori kerajaan, sudah terbukti bahawa kerajaan selama ini telah berjaya menjaga keamanan dan kemakmuran negara dengan cemerlang walaupun diuji dengan cabaran serta dugaan ” yang berat. ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ?? ARTHUR (tujuh kiri) dan Micheal (enam kiri) bersama Kuiky, Saimin dan sebahagian belia.
ARTHUR (tujuh kiri) dan Micheal (enam kiri) bersama Kuiky, Saimin dan sebahagian belia.
 ??  ?? KUIKY (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenangan kepada Arthur sambil diperhatik­an Saimin.
KUIKY (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenangan kepada Arthur sambil diperhatik­an Saimin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN warga emas yang banyak berjasa memelihara adat dan kebudayaan Dusun Tuhawon di Kampung Mininsalu, Ranau.
SEBAHAGIAN warga emas yang banyak berjasa memelihara adat dan kebudayaan Dusun Tuhawon di Kampung Mininsalu, Ranau.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian Dusun Tuhawon oleh Persatuan Belia Kampung Mininsalu menyerikan majlis.
PERSEMBAHA­N tarian Dusun Tuhawon oleh Persatuan Belia Kampung Mininsalu menyerikan majlis.
 ??  ?? KETIBAAN Arthur disambut mesra Kuiky yang berpakaian tradisi suku kaum Dusun Tuhawon.
KETIBAAN Arthur disambut mesra Kuiky yang berpakaian tradisi suku kaum Dusun Tuhawon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia