Utusan Borneo (Sabah)

Larva rakus berjasa besar

-

ulat hitam menggelian­g-geliut liar memamah bertalam-talam sisa daging, sayur dan buah di sebuah ladang unik di barat daya China.

Pemandanga­n tersebut pastinya meloyakan tekak tetapi larva yang sentiasa kelaparan itu boleh membantu China melupuskan sesuatu yang jauh lebih hodoh — timbunan sisa makanan yang dibuang di negara itu setiap hari.

Seekor larva lalat askar hitam yang berasal dari benua Amerika, boleh makan dua kali ganda berat badannya setiap hari, menurut pakar.

Ladang di wilayah Sichuan itu kemudian menjadikan ulat tersebut sebagai bahan makanan haiwan berprotein tinggi dan najisnya menjadi baja organik.

“Ulat-ulat ini tidak menjijikka­n!

“Mereka digunakan untuk menguruska­n sisa makanan, anda perlu melihat perkara ini dari sudut berlainan,” tegas Hu Rong, pengurus ladang terbabit yang ditemui koresponde­n Ludovic Ehret di bandar Pengshan barubaru ini.

Apa yang pasti, larvalarva tersebut tidak akan kekurangan makanan.

Setiap rakyat China membuang hampir 30 kilogram makanan sehari, dalam sebuah negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk.

“Secara purata, sekilogram ulat boleh memakan dua kilogram sampah dalam masa empat jam,” jelas Hu.

Beliau membeli makanan terbuang itu daripada Chengwei Environmen­t, sebuah syarikat yang mengumpul sisa sedemikian dari 2,000 restoran di bandar Chengdu.

“Jika anda meletakkan seekor ikan di dalamnya, anda hanya akan mengeluark­an tulang putihnya selepas itu,” kata pengarah Chengwei Environmen­t Wang Jinhua.

Satu pertiga makanan yang dihasilkan di dunia ini untuk penggunaan manusia setiap tahun, kira-kira 1.3 bilion tan, lenyap begitu sahaja atau dibazirkan, tatkala kira-kira 870 juta orang kelaparan, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO).

Sisa makanan ini juga memburukka­n masalah pencemaran. Dalam laporan pada 2011, FAO berkata, sekiranya sisa makanan dikira sebagai sebuah negara, ia hanya berada di tangga ketiga selepas Amerika Syarikat (AS) dan China dalam pengeluara­n gas rumah hijau.

Setiap tahun, China menghasilk­an sejumlah 40 juta tan sisa makanan, menyamai berat 110 bangunan Empire State.

Tetapi terdapat sebab kebudayaan di sebalik isu tersebut yang membelengg­u masyarakat, jelas Wang.

“Apabila anda menjemput tetamu untuk makan di restoran, perkara yang lazim dibuat adalah memesan makanan sebanyak mungkin semata-mata untuk menunjukka­n anda adalah tuan rumah yang baik.

“Akibatnya banyak makanan dibazirkan begitu sahaja dan dibuang,” katanya.

HASIL LUMAYAN

Namun lalat askar hitam, sejenis serangga bertubuh kecil yang agak panjang, mempunyai fungsi yang lebih daripada sekadar melupuskan sisa.

Sebaik sahaja tubuhnya menjadi gemuk, sesetengah larva ini dijual hidup-hidup atau dikeringka­n sebagai makanan haiwan seperti ayam, ikan dan kura-kura.

Ia mempunyai kandungan nutrisi tinggi, hingga 63 peratus protein dan 36 peratus lemak lipid.

Ulat tersebut mampu mendapatka­n protein dan lemak yang masih wujud di dalam sisa makanan, kemudian mengembali­kan nutrien tersebut ke dalam kitaran makanan manusia menerusi ternakan.

Najis larva tersebut malahan boleh digunakan sebagai baja organik dalam pertanian.

China, Kanada, Australia dan Afrika Selatan antara negara yang membenarka­n makanan haiwan ternakan dan ikan diperbuat daripada serangga.

“Situasi lebih ketat di AS dan Kesatuan Eropah (EU),” kata Christophe Derrien, setiausaha agung Internatio­nal Platform of Insects for Food and Feed, sebuah badan bukan mengaut keuntungan mewakili sektor pengeluara­n serangga Eropah.

EU akan membenarka­n protein serangga sebagai bahan makanan di ladang ikan mulai Julai, tambahnya lanjut.

“Ia merupakan satu langkah pertama yang menggalakk­an kerana EU kini semakin terbuka,” katanya.

Mengitar semula sisa makanan mungkin menawarkan faedah ekonomi di samping bermanfaat bagi alam sekitar.

Hu menjalani kehidupan yang selesa hanya dengan menjual larva hidup lalat askar hitam dan baja

Mengambil kira kos tenaga elektrik, buruh, penghantar­an dan sisa, beliau mengaut keuntungan tahunan antara 200,000 hingga 300,000 yuan (RM100,000 hingga RM150,000), nilai yang cukup lumayan di China.

Justeru tidak hairanlah sejak itu ladang lalat askar hitam tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh China sejak tapaktapak pertama muncul tiga tahun lalu.

“Tahun ini kami menjangka untuk membuka tiga atau empat tapak baharu di sekitar Chengdu.

“Matlamatny­a adalah untuk mengubah sisa menjadi bahan yang amat berguna,” jelas Wang.

Namun bukan hanya sisa makanan yang boleh mendapat kehidupan kedua di China.

Firma tenaga China Sinopec merancang untuk membina sebuah kilang pada tahun depan di wilayah timur Zhejiang untuk menukar minyak masak, yang ada kalanya digunakan semula secara haram di restoran, menjadi bahan api bio untuk pesawat penumpang. — AFP

 ??  ?? HU memeriksa larva lalat askar hitam di ladangnya di Pengshan, Sichuan.
HU memeriksa larva lalat askar hitam di ladangnya di Pengshan, Sichuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia