Utusan Borneo (Sabah)

Waspada pihak cuba pecah belah perpaduan

Peringatan Salleh kepada rakyat supaya tidak `termakan fitnah’

-

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat perlu sentiasa berwaspada terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbel­ahkan perpaduan serta kesatuan sesama pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata rakyat perlu sentiasa berhati-hati dan bijaksana membuat penilaian supaya tidak ‘termakan fitnah’ yang bertujuan memecahbel­ahkan perpaduan yang sedia terjalin.

“Kita perlu melihat jauh ke hadapan, dan tidak memikirkan hal-hal yang boleh membantutk­an kemajuan serta pembanguna­n negara.

“Oleh itu saya ingin mengajak masyarakat, khususnya umat Islam untuk terus bersatu padu dan saling bekerjasam­a dalam agenda pengukuhan perpaduan. Dengan adanya perpaduan yang utuh, maka umat Islam akan menjadi lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana serta Majlis Berbuka Puasa UMNO Sabah Zon 1 (Kudat,KotaMarudu,Tuaran dan Kota Belud) di sini, Ahad lepas yang disempurna oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Ketua Umno Bahagian Tuaran Datuk Hajiji Noor, Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda dan Ketua Umno Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Ismail.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata pemimpin dalam parti perlu berganding bahu, berkerja bersama-sama untuk membela untung nasib rakyat kerana perjuangan tiada noktah.

 ??  ?? MUSA diiringi Salleh menyampaik­an sumbangan kepada sekolah agama sekitar daerah Kota Belud.
MUSA diiringi Salleh menyampaik­an sumbangan kepada sekolah agama sekitar daerah Kota Belud.
 ??  ?? SALLEH (kanan) dan Musa pada Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 1 di Masjid Daerah Kota Belud.
SALLEH (kanan) dan Musa pada Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 1 di Masjid Daerah Kota Belud.
 ??  ?? MUSA diiringi Salleh menyampaik­an sumbangan kepada wakil surau di Kota Belud.
MUSA diiringi Salleh menyampaik­an sumbangan kepada wakil surau di Kota Belud.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pemimpin Umno yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN daripada pemimpin Umno yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SALLEH bersama sebahagian pemimpin Umno Kota Belud.
SALLEH bersama sebahagian pemimpin Umno Kota Belud.
 ??  ?? SALLEH berucap pada majlis itu.
SALLEH berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia