Utusan Borneo (Sabah)

Sel IS beroperasi di seluruh Indonesia

Ketua tentera akui kewujudan ‘sel tidur’ yang menyebarka­n pengaruh pelampau

-

JAKARTA: Kumpulan militan Islamic State (IS) ada di hampir kesemua wilayah di Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia, kata ketua angkatan tentera di Jakarta.

Kenyataan Jeneral Gatot Nurmantyo lewat kelmarin bahawa ‘sel tidur’ yang sulit di seluruh kepulauan Indonesia yang luas itu menggarisk­an kebimbanga­n mengenai pengaruh IS yang semakin berkembang di Asia Tenggara.

“Selepas pemerhatia­n, kami melihat bahawa di hampir setiap wilayah, sudah terdapat sel-sel IS, tetapi mereka adalah sel-sel tidur,” kata Nurmantyo kepada pemberita di ibu negara Jakarta.

Beliau secara khusus menyebut wilayah Papua yang didominasi penduduk Kristian sebagai satu daripada beberapa pengecuali­an.

“Sel tidur ini dengan mudah dapat bergabung dengan sel radikal lain,” katanya.

Kerajana di seluruh rantau ini sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak puak militan yang dikaitkan dengan IS, kebanyakan­nya dari negara-negara Asia Tenggara, mengepung sebuah kota di selatan Filipina kirakira tiga minggu lalu.

Tentera Filipina, yang telah melancarka­n serangan udara dan operasi serbuan di kota Marawi, semalam berkata puak militan itu masih menguasai kira-kira 20 peratus kota tersebut.

Pegawai Indonesia dan Malaysia telah memperting­katkan kawalan keselamata­n untuk menghalang anggota militan daripada meninggalk­an Marawi dengan menyeberan­gi sempadan yang dikongsika­n dengan Filipina.

“Ia adalah mudah untuk melompat dari Marawi ke Indonesia dan semua kita mesti waspada terhadap sel-sel tidur yang diaktifkan di Indonesia,” kata Nurmantyo.

Negara-negara Asia Tenggara percaya rantau itu mempunyai ribuan penyokong IS, dan Indonesia serta Malaysia sudah menahan puluhan suspek militan sejak beberapa tahun yang lalu.

Singapura kelmarin berkata ia telah menahan soerrang pembantu pekerja penjagaan kanak-kanak yang disyaki cuba menyertai IS, wanita pertama ditahan atas tuduhan sedemikian di Singapura.

Satu serangan senapangda­n-bom yang mengorbank­an empat orang di Jakarta pada tahun lepas menandakan serangan pertama IS di rantau ini. Sejak itu beberapa serangan kecil yang dilhamkan IS berlaku di Indonesia, yang terkini serangan bom nekad berkembard­isebuahste­senbas di Jakarta yang mengorbank­an tiga anggota polis bulan lepas.

 ??  ?? GAMBAR serahan Antara Foto menunjukk Presiden Joko Widodo (tengah) berarak bersama para peserta tadarus al-Quran sempena sambutan Ramadan di Istana Presiden di Jakarta, kelmarin. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan Antara Foto menunjukk Presiden Joko Widodo (tengah) berarak bersama para peserta tadarus al-Quran sempena sambutan Ramadan di Istana Presiden di Jakarta, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia