Utusan Borneo (Sabah)

Radikal, gadis S’pura ditahan

-

Singapura kelmarin menahan seorang pembantu taska yang disyaki cuba menyertai kumpulan Islamic State (IS) dan mencari suami di Syria, menahannya di bawah undang-undang keselamata­n ketat yang membenarka­n penahanan tanpa perbicaraa­n.

Penahanan pertama wanita kerana disyaki terbabit ekstremism­e dibuat selepas Singapura menegaskan ia disasari dan menggesa orang ramai berwaspada.

Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22, ditahan bulan ini kerana mahu pergi ke Syria dan menyertai IS Iraq dan Syria bersama anaknya, menurut Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri.

“Dia menyokong penggunaan keganasan ISIS untuk menubuh dan mempertaha­n ‘pemerintah­an khalifah”, dan berhasrat untuk tinggal di dalamnya,” kata kementeria­n.

Izzah, pembantu kontrak di sebuah taska, menjadi radikal seawal 2013 setelah terpengaru­h dakyah dalam talian dan berkongsi bahan pro-IS dalam media sosial.

Kementeria­n menambah, keluargany­a cuba memujuknya untuk tidak pergi ke Syria tetapi tidak menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa, malah memusnahka­n bukti.

“Dia berkata sejak 2015, dia mencari ‘Salafi atau penyokong ISIS’ untuk dikahwini dan menetap bersamanya dan anaknya di Syria,” kata kementeria­n.

“Dia berkata dia akan menyokong suaminya jika dia berperang untuk ISIS di Syria kerana dia percaya dia akan mendapat pahala jika suaminya mati dalam pertempura­n. Dengan ‘statusnya yang tinggi’ sebagai ‘balu syahid’, dia merasakan dia dapat dengan mudah mengahwini pejuang ISIS lain di Syria.”

Ibu bapanya, kedua-duanya guru mengaji, dan kakaknya menyedari tentang tulisan radikalnya pada 2015.

Kementeria­n enggan menyatakan bagaimana pihak berkuasa mengetahui tentang fahamannya yang radikal. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia