Utusan Borneo (Sabah)

Bekas presiden Panama ditahan di Florida

-

MIAMI: Bekas presiden Panama yang hidup dalam pelarian, Ricardo Martinelli, dan dikehendak­i negara Amerika Tengah itu atas tuduhan melakukan pengintipa­n politik, ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin berhampira­n Miami, kata pegawai dari Jabatan Marsyal AS.

Martinelli ditahan reman tanpa insiden ketika dia muncul dari sebuah rumah di luar Miami pada petang kelmarin, menurut Manny Puri, penolong ketua pejabat daerah agensi itu di Miami.

Puri berkata timbalan marsyal telah mengawasi kediaman tersebut dan bertindak berdasarka­n waran tangkap sementara yang dikeluarka­n oleh Jabatan Keadilan AS sebagai reaksi kepada permintaan Panama pada September lalu bagi ekstradisi Martinelli.

Martinelli dibawa ke sebuah pusat tahanan persekutua­n di Miami dan dijadual dihadapkan ke Mahkamah Daerah AS semalam untuk menghadapi pendengara­n ekstradisi, kata Puri.

Interpol turut mengeluark­an notis bagi penangkapa­n Martinelli pada bulan lepas.

Bekas pemimpin Panama itu dituduh menggunaka­n wang awam untuk melakukan pengintipa­n yang menyalahi undang-undang ke atas lebih 150 musuh politik ketika dia menjadi presiden bagi penggal 2009-2014.

Martinelli, seorang taikun pasar raya, menyelia kepesatan infrastruk­tur dan pertumbuha­n paling pantas di Amerika Latin pada tahuntahun kebelakang­an ini, tetapi pentadbira­nnya dicemari dakwaan rasuah.

Sebagai reaksi kepada permintaan ekstradisi oleh Panama pada tahun lepas, dia menyelar kerajaan sekarang dan menganggap dirinya mangsa pemburuan politik.

Martinelli menafikan sebarang salah laku dan berkata dalam Twitter pada bulan lepas bahawa penggantin­ya, Juan Carlos Varela, memburunya untuk mengalih perhatian dairpada masalahnya sendiri.

Varela naib presiden Martinelli sebelum ini tetapi mereka telah bertikam lidah dengan sengit sejak peralihan kuasa. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail 19 April, 2012 menunjukka­n Martinelli mengadakan sidang akhbar di Istana Presiden di Kota Panama. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 19 April, 2012 menunjukka­n Martinelli mengadakan sidang akhbar di Istana Presiden di Kota Panama. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia