Utusan Borneo (Sabah)

Panama putus hubungan dengan Taiwan

Penerimaan kepada dasar Satu China dibuat susulan projek infrastruk­tur besar-besaran

-

KOTA PANAMA: Panama memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan beralih kepada Beijing, dengan menerima dasar Satu China, keduadua negara mengumumka­n kelmarin.

“Mengambil kira kepentinga­n dan kehendak kedua-dua rakyat, Republik Panama dan Republik Rakyat China memutuskan untuk mengiktira­f satu sama lain dan menjalin hubungan diplomatik pada peringkat kedutaan, dari tarikh dokumen ini ditandatan­gani,” kenyataan berkenaan menyebut.

Selepas berdekad-dekad menyokong Taiwan dalam perbalahan berkenaan, Panama sekarang mengiktira­f bahawa China ada satu sahaja di dunia dan Taiwan adalah sebahagian daripada negara China.

Hubungan baharu dengan Beijing bermula kelmarin, manakala hubungan lama dengan Taiwan berakhir, tambah kenyataan itu.

Pengumumja­n itu dibuat selepas Beijing mula membina sebuah pelabuhan kontena pada minggu lepas, dengan kemudahan gas asli, di wilayah Colon, utara Panama.

Taiwan, yang dianggap sebagai wilayah pemberonta­k oleh Beijing, diiktiraf oleh kira-kira 20 buah negara di seluruh dunia dan isu tentang statusnya telah timbul semula ekoran pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Panama sudah lama menegaskan ia ada hubungan diplomatik dengan Taipei, dan hubungan komersial dengan Beijing.

Pada hari ini, kapal China merupakan pengguna nombor dua Terusan Panama, sumber utama hasil pendapatan bajet bagi negara Amerika Tengah tersebut.

Panama selama ini menerima bantuan yang banyak, dana kerjasama bernilai jutaan dolar daripada Taipei, namun ia juga ditekan selama berdekad-dekad oleh Beijing untuk menerima pendiriann­ya.

Status Taiwan dan pertikaian timbul pada Disember lalu setelah Trump, yang dipilih untuk menjadi presiden sebulan sebelum itu, bercakap dengan presiden Taiwan menerusi telefon.

Trump menjadi presiden pertama atau bakal presiden yang bercakap dengan seorang pemimpin Taiwan sekurang-kurangnya sejak 1979, apabila AS memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan untuk mengiktira­f Republik Rakyat China.

Pejabat Trump berkata, kedua-dua pemimpin mengambil kira “hubungan ekonomi, politik dan keselamata­n” antara Taiwan dengan AS, tetapi perbualan itu sahaja mengancam untuk merosakkan dasar luar AS hampir empat dekad.

Selepas retorik keras selama bertahun-tahun, hubungan antara China dengan Taiwan mula bertambah baik pada 1980-an.

China mengemukak­an formula, dikenali sebgagai ‘Satu Negara, Dua Sistem’ di mana Taiwan akan diberi autonomi yang signifikan jika ia menerima penyatuan semula dengan China.

Tawaran itu ditolak tetapi Taiwan ada melonggark­an peraturan mengenai lawatan ke China dan pelaburan di China.

Rundingan terhad turut diadakan di antara wakilwakil tidak rasmi kedua-dua pihak.

Namun kebimbanga­n China meningkat pada 2000 apabila Taiwan memilih Chen Shuibian, yang secara terbuka menyokong kemerdekaa­n, sebagai presiden.

Chen dipilih semula pada 2004, yang mendorong China untuk meluluskan undangunda­ng pada tahun berikutnya, yang menyebut tentang hak China untuk menggunaka­n ‘kaedah bukan aman’ ke atas Taiwan jika ia cuba memisahkan diri dari China. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? NAIB Presiden merangkap Menteri Luar Isabel de Saint Malo berbalas dokumen dengan Menteri Luar China Wang Yi sejurus memeterai hubungan diplomatik di Beijing, semalam. — Gambar Reuters
NAIB Presiden merangkap Menteri Luar Isabel de Saint Malo berbalas dokumen dengan Menteri Luar China Wang Yi sejurus memeterai hubungan diplomatik di Beijing, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia