Utusan Borneo (Sabah)

Pengusiran, imigresen AS sasar Kristian Iraq

-

CHICAGO: Orang Kristian Iraq di Amerika Syarikat (AS) menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penangkapa­n pendatang Chaldean dalam kawasan Detroit untuk dihantar pulang ke negara yang dilanda peperangan itu, di mana mereka berdepan penindasan.

Beberapa orang Chaldean, sebahagian daripada masyarakat minoriti Kristian yang purba di Iraq, ditahan Ahad lepas dalam satu operasi penguatkua­saan, kata Penguatkua­saan Imigresen dan Kastam (ICE) AS. Pendatang yang disasari memiliki rekod jenayah dan hidup dalam masyarakat seramai puluhan ribu orang Chaldean Iraq dalam kawasan Detroit. Ramai bimbang kepulangan ke Iraq boleh membahayak­an nyawa, jika tidak meragut nyawa.

Video yang disiarkan dalam Twitter menunjukka­n apa yang dipercayai sebaris lelaki yang ditahan dan digari seadng memasuki sebuah bas, manakala jeritan bantahan kedengaran di luar kamera.

“Mengapa anda berbuat begitu?

“Dia adalah datuk kepada seseorang!” seseorang kedengaran menjerit.

“Jangan tandatanga­ni apa-apa!” satu lagi suara memekik manakala orang lain menangis.

“Anda datang sebagai pelarian, anda berhak untuk tinggal di sini!”

Kira-kira 30 hingga 40 orang ditangkap, menurut laporan media AS.

Kesemuanya telah dikenakan perintah penghantar­an pulang terakhir ekoran pensabitan jenayah, tetapi terus tinggal di AS selama bertahun-tahun disebabkan Iraq tidak menerima rakyatnya yang dihantar pulang oleh AS.

Dalamsatup­erjanjianp­ada Mac lalu antara kerajaan AS dengan kerajaan Iraq, pentadbira­n Trump bersetuju untuk mengetepik­an warga negara Timur Tengah itu dari larangan perjalanan yang dicadangka­nnya, selepas Iraq bersetuju untuk menerima pendatang yang dihantar pulang.

Penerbanga­n catar pertama bagi pendatang yang dihantar pulang ke Iraq diadakan pada 19 April lalu, yang menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan masyarakat Chaldean AS, yang takut untuk pulangan ke rantau di mana kerajaan AS sendiri menganggap layanan kumpulan Islamic State (IS) ke atas masyarakat Kristian di sana pada tahun lepas sebagai genosid.

Ramai pengundi dalam kalangan masyarakat Chaldean di kawasan Detroit mengundi Trump, dengan harapan beliau akan membasmi IS, yang telah membunuh ramai anggota masyarakat agama minoriti itu di Iraq dan Syria.

Dalam satu kenyataan, ICE mengesahka­n operasi imigresen Ahad lepas, tetapi enggan menyatakan jumlah pelarian yang ditangkap berikutan siasatan mereka belum selesai.

“Agensi baru-baru ini menangkap beberapa warga Iraq, yang kesemuanya mempunyai pensabitan jenayah,” kata ICE, yang menambah kebanyakan mereka dibawa ke sebuah pusat tahanan di Ohio.

Seorang jurucakap agensi enggan memberitah­u tarikh penghantar­an pulang para tahanan terbabit, mahupun sama ada tahanan tersebut akan diterbangk­an balik ke Iraq atas sebab-sebab keselamata­n operasi.

Agensi tersebut menjelaska­n bahawa mereka akan mengeluark­an maklumat lanjut dalam tempoh beberapa hari lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia