Utusan Borneo (Sabah)

Diplomat Bangladesh didakwa di NY

-

NEW YORK: Timbalan konsul jeneral Bangladesh di New York dihadapkan ke mahkamah kelmarin, selepas didakwa dengan tuduhan memperdaga­ngkan buruh dan melakukan serangan selepas dilaporkan memaksa seorang pembantu rumah untuk bekerja 18 jam sehari tanpa gaji empat tahun.

Md Shaheldul Islam, 45, berdepan dengan pendakwaan bagi 33 tuduhan mencuri, menyerang, memperdaga­ngkan buruh, mengurung, gagal untuk membayar gaji minimum dan melakukan gangguan, kata pejabat peguam daerah Queens.

Tertuduh didakwa di hadapan seorang hakim Mahkamah Agung Queens, yang menetapkan ikat jamin dengan bon AS50,000 (RM220,000) atau wang tunai AS$25,000 (RM110,000) dan mengarahka­n Islam untuk menyerahka­n pasportnya.

Dia berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabit kesalahan dan hanya memiliki kekebalan diplomatik yang terhad, kata pejabat peguam daerah itu.

Islam dituduh memaksa seorang pekerja dari Bangladesh untuk bekerja di rumah keluargany­a di Queens tanpa gaji bermula 2012 sehingga pekerja itu meloloskan diri pada Mei 2016.

Tertuduh menggunaka­n “kekerasan fizikal dan ugutan yang keji” untuk mengawal pekerja itu, mengugut untuk membunuh ibu dan anak lelakinya kecil, selain memalukan anak perempuan mangsa, jika dia pergi, dan merampas pasportnya, kata Peguam Daerah Richard Brown.

Jika mangsa tidak mematuhi arahan, dia didakwa dipukul dengan tangan defendan atau kasut kayu, tambah Brown.

Punca pendapatan mangsa hanya tip dari tetamu parti dan sejumloah kecil wang yang dihantar oleh defendan kepada keluarga Islam di Bangladesh.

Konsulat jeneral Bangladesh tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatka­n kenyataan.

Pada Disember 2013, timbalan konsul jeneral India, Devyani Khobragade, ditangkap dan diperiksa di New York atas tuduhan memberi layanan buruk kepada orang gajinya yang mencetuska­n perbalahan di antara India dengan Amerika Syarikat (AS).

Dia menafikan tuduhan itu dan seterusnya pulang ke India, tetapi kemudian dilucutkan jawatannya dalam kementeria­n luar kerana membuat kenyataan tidak diluluskan kepada media.

Perbalahan itu menegangka­n hubungan dua hala dan menimbulka­n kemarahan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia