Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Labuan rai pelajar tahfiz sempena Ramadan

-

LABUAN: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan telah meraikan pelajar tahfiz sempena Majlis Iftar dan Majlis Berbuka Puasa di sini, malam Isnin lalu.

Majlis yang bermula jam 5 petang itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Senator Datuk Haji Bashir Alias mewakili Ahli Parlimen Labuan yang juga Ketua Umno Bahagian Datuk Rozman Isli.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan yang juga Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Haji Alli Hassan dan Ketua Pemuda Morsidi Juanah.

Pada majlis itu, Bashir menyampaik­an duit raya kepada pelajar tahfiz daripada tiga buah madrasah tahfiz iaitu Tahfiz Sri Merinding, Tahfiz Al-Badr dan Tahfiz Al-Ummi.

Mohd Rafi yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutua­n berkata majlis tahunan itu diadakan untuk meraikan pemimpin Pemuda Umno Bahagian Labuan termasuk mantan pemimpin yang banyak berjasa kepada pergerakan itu di peringkat bahagian dan cawangan.

Katanya sumbangan semua pemimpin pemuda itu bukan sahaja kepada ahli pergerakan tetapi juga golongan muda di 27 kampung dan cawangan Umno Bahagian Labuan.

“Setiap tahun, saya mengadalan majlis berbuka puasa sebagai tanda penghargaa­n kepada komitmen dan perkhidmat­an pemimpin pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan,” katanya.

Beliau berharap mereka akan terus memainkan peranan utama khususnya membantu Barisan Nasional (BN) dan Umno menghadapi pilihan raya umum (PRU).

Beliau menjelaska­n majlis itu juga diadakan untuk meraikan pelantikan Bashir sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu menggantik­an Datuk Yunus Kurus yang telah berkhidmat selama enam tahun.

“Pemuda Umno Labuan yakin gandingan kepimpinan Rozman dan Bashir akan memantapka­n lagi BN dan Umno menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Bashir merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu.

Ucapan terima kasih juga beliau tujukan kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengangkat nama beliau kepada Perdana Menteri.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada Rozman yang mencalonka­n nama saya kepada pucuk pimpinan parti serta Mohd Rafi yang turut memainkan peranan penting dalam kerjaya politik saya selama ini,” katanya.

Bashirberh­arapsemuap­emimpinUmn­o akan terus berganding bahu menjaga perpaduan bagi memastikan Umno terus mantap di Wilayah Persekutua­n Labuan sekaligus menjaga kebajikan rakyat di pulau bebas cukai ini.

Sementara itu, Mohd Rafi berkata pergerakan Pemuda akan sentiasa membantu golongan muda menangani pelbagai masalah yang mereka hadapi termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat.

 ??  ?? BASHIR ALIAS
BASHIR ALIAS
 ??  ?? MOHD RAFI
MOHD RAFI
 ??  ?? BASHIR dan Mohd Rafi bersama pelajar tahfiz sempena Majlis Iftar Pergerakan Pemuda Umno Labuan.
BASHIR dan Mohd Rafi bersama pelajar tahfiz sempena Majlis Iftar Pergerakan Pemuda Umno Labuan.
 ??  ?? BASHIR menyerahka­n duit raya kepada pelajar tahfiz sambil dibantu Mohd Rafi.
BASHIR menyerahka­n duit raya kepada pelajar tahfiz sambil dibantu Mohd Rafi.
 ??  ?? MANTAN pemimpin Pemuda bersama Mohd Rafi (berdiri, empat kanan).
MANTAN pemimpin Pemuda bersama Mohd Rafi (berdiri, empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia