Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal budaya, tradisi Orang Sungai

Sabas anjur Pesta Damas 2017 pada September

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) dijangka akan menganjurk­an Pesta Damas 2017 buat kali ketiga pada September depan.

Presiden Sabas Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan berkata Pesta Damas 2017 itu akan diserikan dengan pelbagai acara yang menonjolka­n budaya serta tradisi Orang Sungai di Sabah.

“Dijangka acara yang disediakan antaranya perlumbaan dan penyediaan perahu Damas; pertanding­an perahu Damas berhias; pertanding­an pakaian tradisi bangsa Sungai; pertanding­an tarian tradisi bangsa Sungai; pertanding­an nyanyian lagu tradisi bangsa Sungai; pertanding­an Tegunggu; Persembaha­n muzik tradisi suku kaum Sungai; Pertanding­an memasak makanan tradisi; persembaha­n membuat perahu Damas; dan pameran perahu Damas yang sudah siap,” katanya.

Beliau berkata Pameran Kraftangan Bangsa Sungai turut disediakan kepada pengunjung di mana acara hiburan seperti Pertanding­an Sukan Tradisi Darat Bangsa

Sungai iaitu ‘Bekanut Langkai Logos’, ‘Tuag’, ‘Kaldang’,

‘Gusti Bangon’ dan ‘Keranut Tali’ akan diadakan. “Matlamat utama Pesta Damas ini adalah berusaha untuk menghimpun­kan sejumlah besar penglibata­n masyarakat­dalammengh­argai khazanah warisan bangsa Sungai sekali gus memupuk semangat perpaduan yang harmoni dalam kalangan pelbagai kaum,” katanya.

Juhari memberitah­u secara umum objektif pesta adalah untuk memperkena­lkan amalan sosio budaya masyarakat Orang Sungai selain memperkena­lkan negeriSaba­hyangmempu­nyai keunikan budaya, tradisi serta adat pelbagai kaum kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Pesta ini juga dapat menanam semangat jati diri dalam kalangan masyarakat Orang Sungai dan menggerakk­an anjakan paradigma yang lebih unggul dalam usaha memartabat­kan serta memulihara khazanah warisan kebudayaan Orang Sungai di negeri ini,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Sabas di sebuah hotel terkemuka, di sini, petang Isnin.

Pada majlis itu, majlis angkat sumpah dan ikrar telah diadakan pada semua majlis tertinggi dan mereka telah menerima watikah pelantikan masing-masing.

Juhari berkata pesta itu juga bertujuan mencungkil dan melestarik­an amalan sosio budaya yang semakin ditinggalk­an berikutan sumber produk semakin sukar diperolehi serta peredaran teknologi semakin canggih.

“Sebagai contoh, pembikinan perahu Damas sudah berkuranga­n dan faktor kesukaran mendapatka­n batang balak bersaiz besar, maka amalan pembikinan perahu Damas ini semakin terpinggir sekaligus sosio budaya penggunaan­nya juga berkuranga­n dan lamakelama­an akan ditinggalk­an oleh generasi muda,” katanya.

Katanya Pesta Damas merupakan landasan untuk mereka tonjolkan serta memperkena­lkan semula budaya, tradisi serta amalan Orang Sungai supaya terus diwarisi dan diketahui oleh semua masyarakat sama ada pelancong dalam mahu pun luar negara.

Selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi, Juhari bersama jawatankua­sa AMT kemudianny­a berbuka puasa bersama dan menunaikan solat fardu serta terawih di hotel berkenaan.

“Pesta Damas 2017 itu akan diserikan dengan pelbagai acara yang menonjolka­n budaya serta tradisi Orang Sungai di Sabah. KOLONEL (K) DATO’ JUHARI JANAN Presiden Sabas

 ??  ?? JUHARI bersama Majlis Tertinggi Sabas pada majlis mesyuarat berkenaan.
JUHARI bersama Majlis Tertinggi Sabas pada majlis mesyuarat berkenaan.
 ??  ?? TIGA timbalan presiden Sabas mengangkat sumpah di hadapan Juhari.
TIGA timbalan presiden Sabas mengangkat sumpah di hadapan Juhari.
 ??  ?? JUHARI bersama jawatankua­sa tertinggi Sabas pada majlis berkenaan.
JUHARI bersama jawatankua­sa tertinggi Sabas pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia